Kembara Sufi

"pengemis CINTA ILLAHI, perindu SYAHID ABADI"

Pages

Friday 25 March 2011

Masyitah-Wangian Dari Syurga

 Semasa Rasulullah berisrak Mikraj,nabi lalu satu kawasan yang berbau sangat wangi. Lantas nabi bertanya kepada Jibrail mengapakah tempat itu berbau sangat wangi. Lalu Jibril memberitahu nabi bahawa mereka sedang melintasi kubur Masyitah.Kenapakah kubur insan bernama Masyitah ini sangat wangi?

Kisahnya begini, dakwah nabi Musa sampai kepada keluarga Masyitah, lalu Masyitah dan suaminya Hazaqil beriman kepada nabi Musa. Keimanannya ini disembunyikan lantaran pekerjaannya sebagai tukang sikat rambut anak Firaun dan suaminya pula orang kuat Firaun. Sebelum Firaun memutuskan apa-apa keputusan, Firaun akan meminta pendapat daripada Hazaqil dan ditakdirkan Allah, suatu hari seorang ahli sihir yang menyokong Firaun telah memeluk agama nabi Musa. Seraya Firaun pun menjatuhkan hukuman mati ke atasnya tetapi keputusan Firaun ini ditentang hebat oleh Hazaqil. Maka berlakulah satu perselisihan pendapat yang sangat besar sehingga keimanan Hazaqil terbongkar dan dia juga dijatuhkan hukuman mati.
Pemergian suami tercinta memberi tamparan hebat kepada Masyitah. Hari-harinya seperti sudah tiada makna lagi tapi disebabkan keimanannya kepada Allah, dia tempuhi hari-harinya dengan hati yang tersangat berat. Puas dia cuba menahan mulutnya daripada meluahkan isi hatinya kepada orang lain namun perkara hati siapa yang dapat tentang? Ditakdirkan Allah, setiap kedukaan dan kesedihannya itu dikongsi dengan Asiah, Isteri Firaun yang sangat disayangi Firaun. Sewaktu itu,Masyitah belum tahu bahawa Asiah juga beriman kepada Allah.
Huruf demi huruf, perkataan demi perkataan keluar daripada mulut Masyitah sehingga tiada lagi rahsia untuk dia simpan. Kisah dia beriman kepada Musa juga diceritakan. Sewaktu terlepas cakap, ada juga rasa gerun di hati tapi dia cuba untuk bertenang.Tapi rancangan Allah, siapa yang dapat duga? Asiah juga mengaku bahawa dia beriman kepada Allah.
“Aku mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah, Musa pesuruh Allah dan celakalah Firaun dan pengikut-pengikutnya.” Ujar Asiah.
“Tetapi, bukankah puan meniduri Firaun?” Soal Masyitah.
“Tidak, demi Allah, aku tidak pernah meniduri Firaun walaupun sekali. Apa yang kau lihat bukanlah aku tetapi jelmaan Iblis yang menyerupai aku,” terang Asiah.
Mendengarkan pengakuan daripada Asiah, Masyitah cukup gembira dan mereka menjadi teman rapat.
Suatu hari, ketika Masyitah sedang menyikat rambut anak Firaun hasil dari permaisuri yang lain, sikat yang dipegang Masyitah terjatuh. Secara tidak lansung Masyitah menyebut, “Segala puji bagi Allah dan celakalah Firaun.”
Anak Firaun mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Masyitah, lantas dia berlari ke arah Firaun dan melaporkannya. Firaun memanggil Masyitah dan menyoal Masyitah adakah benar apa yang dilaporkan oleh anaknya. Masyitah menjawab, “ya Tuanku,aku berkata sedemikian. ”Lalu Firaun menyuruh pengawalnya menyediakan satu bekas yang besar yang diisi dengan minyak dan bekas itu dipanaskan sehingga minyak itu mendidih.
Seluruh penduduk padang pasir dikumpulkan untuk menyaksikan kehebatan Firaun. Tatkala manusia semua berkumpul dan memberi perhatian kepada Masyitah yang berada di tengah-tengah, soalan diulang sekali lagi. Adakah Masyitah ingin menarik balik kata-katanya, jika tidak, dia dan 2 orang lagi anaknya yang masih di bawah susuannya akan dihumban ke dalam minyak yang menggelegak. Masyitah dengan tegasnya menyatakan pendiriannya untuk beriman kepada Musa dan Tuhannya. Namun, naluri keibuan diuji apabila dia melihat anak-anaknya yang masih kecil, terlintas juga di hatinya untuk menurut kata Firaun.
Allah mengetahui isi hati hamba-hambanya, lalu satu keajaiban besar pun berlaku. Anak yang masih kecil, yang masih di bawah susuannya pun berkata-kata,  “jangan bimbang ibuku kerana Allah telah menjanjikan kepada kita ganjaran yang hebat. Pintu syurga sedang terbuka luas menanti kedatangan kita.”
Mendengar butir-butir kata yang keluar daripada anak yang tidak boleh bercakap itu, Masyitah yakin dengan pendiriaannya. Dia berjalan maju ke hadapan dan terjun ke dalam minyak yang menggelegak. Seluruh penduduk Mesir menyaksikannya. Alangkah terkejutnya mereka apabila keajaiban kedua berlaku. Minyak yang menggelegak tadi bertukar menjadi haruman yang tersangat wangi di zaman itu. Itulah haruman Masyitah, si penagih cinta Ilahi.

Akhir Qalam
Sejarah bukanlah untuk diceritakan tetapi untuk dihayati supaya yang baik dapat diambil dan yang buruk dapat dijauhi.Kisah ini bukanlah satu kisah dongeng yang dicipta untuk menidurkan kanak-kanak tetapi kisah ini merupakan satu kisah yang nyata untuk kita dan kanak-kanak. Supaya iman di dalam hati digilap dan bersinar kembali.Harap-harap, kubur kita harum semerbak bak kubur Masyitah dan mahligai kita gah bak mahligai Asiah. Insya Allah…..

Sunday 20 March 2011

Asiah-Ratu Syahadah

Assalamualaikum...Alhamdulillah hari ini saya berpeluang untuk menulis lagi di sini.Suka untuk saya menampilkan kisah seorang Ratu Syahadah pada hari ini.Ketabahannya menjadi permaisuri kepada Fir'Aun begitu menampakkan keyakinan dan cintanya kepada PenciptaNya...Allah S.W.T.SubhanaAllah semoga kalian juga mampu menjadi sepertinya sekiranya Allah meletakkan kalian di tempat seperti Asiah.

 Di Mesir terdapat sebuah keluarga Imran yang amat dihormati.Imran mempunyai puteri bernama Asiah di mana ia terkenal dengan kebaikkannya dan ketaatannya kepada Allah,juga kerana kecantikkannya.Maka tidak hairanlah ramai yang berkenan kepadanya terutama pemuda yang tertarik dengan keperibadiannya dan kecantikkannya.Akan tetapi mereka segan untuk meminangnya,begitulah Siti Asiah yang menjadi buah mulut ketika itu.Kisah Asiah ini sampai ke telinga Firaun lalu Firaun ingin memperisterikan Asiah ini.Namun hajat Firaun itu ditolak oleh Asiah hingga menyebabkan ibu bapanya diseksa dengan kejam oleh Firaun.

Setelah kedua orang tuanya diseksa,maka hari itu juga Asiah ditangkap dengan kekerasan dibawake istana.Setelah sampai di istana ia tidak dapat berkata apa-apa,namun yang ia khuatirkan adalah memikirkan nasib kedua orang tuanya...
Maka setelah Siti Asiah berada di hadapan Firaun dengan kedua dua tangan terikat lalu kedua orang tuanya pun dibawa dari dalam penjara dipertemukan dengan anaknya.Sungguh tragedi yang sangat menyedihkan saat itu.Kemudian Firaun berkata:"Hai Asiah,jika engkau seorang anak yang baik,tentu engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih antara dua,kalau engkau terima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan aku akan bebaskan orang tuamu.Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu."
            Akhirnya dengan ancaman itu,maka Siti Asiah bersedia menerima pinangan Firaun akan tetapi Siti Asiah pun mengajukan kehendaknya kepada Firaun iaitu:
1.Bahawa firaun harus membebaskan kedua orang tuanya.
2.Harus membuatkan rumah yang indah lengkap,dengan perkakasnya
3.Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatannya beserta makan dan minumnya.
4.Bahawa Siti Asiah bersedia menjadi isteri Firaun hadir pada acara-acara tertentu sebagaimana lazimnya seorang isteri raja,akan tetapi Siti Asiah tidak bersedia tidur bersama Firaun.Jika permintaan-permintaan Siti Asiah tidak dipenuhi,ia rela mati dibunuh bersama kedua orang tuanya.
            Akhirnya Firaun mengabulkan atau memenuhi permintaan Siti Asiah.Dan memerintahkan kepada Haman untuk membuka rantai belenggu yang ada di tangan dan kaki baik Siti Asiah mahupun kedua orang tuanya.
Kini Siti Asiah hidup bersama Firaun dalam istana yang indah dan kemegahan.Akan tetapi bagai Siti Asiah tidaklah membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadinya dan tidak pula terbawa arus adat jahiliyah.Ia tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam.Hampir setiap saat terutama di malam hari ia selalu beribadah kepada Allah swt agar segala kehormatannya jangans ampai disentuh oleh orang-orang kafir sekalipun suaminya (firaun),juga ia rela berkorban demi kepuasan dan ketenangan hidup orang tuanya.


Ibnu Athir berkata, "Asiah isteri Firaun adalah seorang wanita yang merahsiakan keimanannya. Ketika Masyitah terbunuh, maka Asiyah melihat malaikat naik ke langit dengan membawa roh Masyitah. Setelah ia melihat malaikat itu, maka bertambah kuatlah keimanan Asiyah dan bertambah pula keyakinannya akan kebenaran ucapan Musa.
Pada waktu itu pula, tiba-tiba Firaun masuk ke bilik Asiah dan ia memberitahu tentang apa yang telah ia lakukan terhadap Masyitah dan anak-anaknya. Berkata Asiah kepada Firaun, "Celakalah kamu, apa yang menyebabkan kamu berani melawan Allah?'


Firaun berkata, "Mungkin kamu mengalami kegilaan sebagaimana yang berlaku pada Masyitah?" Asiyah berkata, "Aku tidaklah gila, akan tetapi sesungguhnya aku telah beriman kepada Allah s.w.t, Tuhanku, Tuhanmu dan Tuhan alam semesta."


Kemudian Firaun memanggil ibu Asiyah dan berkata kepadanya, "Sesungguhnya anak perempuanmu ini telah ditimpa kegilaan seperti yang menimpa Masyitah, maka dari itu saya baersumpah bahawa anak perempuanmu itu akan merasakan kematian jika ia tidak kufur kepada Tuhan Musa."


Kemudian Ibunya berusaha memujuk anak perempuannya agar ia kufur kepada Tuhan Musa, akan tetapi Asiyah enggan menerima pujukkan ibunya itu, lalu ia berkata,"Jika aku dipujuk untuk bersikap kufur kepada Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah tidak mungkin."


Kemudian Firaun menyuruh untuk mengikat kaki dan tangan Asiyah kepada empat arah, kemudian ia diseksa dan keempat-empat tali itu ditarik hingga Asiyah menemukan kematiannya.


Ketika Asiah telah melihat kematian di depan matanya, maka ia berkata:

"Ya Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah disisi Mu dalam syurga dan selamatkan lah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim."
(Surah At-Tahrim (66):11)

Allah membukakan mata Asiyah hingga ia dapat melihat malaikat dan melihat segala sesuatu yang telah disediakan untuknya berupa kemuliaan. Kemudian Asiyah tertawa. Lantas Firaun berkata, "Lihatlah kegilaan yang ada pada diri wanita ini, ia tertawa waktu diseksa kemudian mati!"

Saturday 19 March 2011

Ainul Madhiah

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada 
seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah 
di kalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tersebut). 

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang 
menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah 
besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap 
manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan 
ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan. 

Kisah......: 

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling 
cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). 

Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada 
nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. 

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.... 

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... 

lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak 
pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana. 

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi 
sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu.. kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ... 

akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan 
segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu 
dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada 
nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi. 

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang 
terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu 
ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut 
ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu 
hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu 
makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu 
sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah 
bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal 
sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. 

Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat 
kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk 
berbuka puasa di syurga....
 

oh Zinnirah

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternila bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan.

Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam memepertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda.

Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah. Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba.

Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. Beliau telah menerima dengan sepenuh hati.

Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalh rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan.


Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya. "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. Aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan."

Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. Hatinya dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi. Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

Madah Cinta


Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seseorang tidak beriman hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.
-Nabi Muhammad SAW
Jauhilah dengki, karena dengki memakan amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.
-Nabi Muhammad SAW
Yang terbaik di antara kalian adalah mereka yang berakhlak paling mulia.
-Nabi Muhammad SAW
Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian, tapi Dia melihat hati dan amal kalian.
-Nabi Muhammad SAW
Kecintaan kepada Allah melingkupi hati, kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal.
-Imam Al Ghazali
Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.
-Khalifah ‘Umar
Setiap orang di dunia ini adalah seorang tamu, dan uangnya adalah pinjaman. Tamu itu pastilah akan pergi, cepat atau lambat, dan pinjaman itu haruslah dikembalikan.
-Ibnu Mas’ud
Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rusak.
-Khalifah ‘Ali
Sabar memiliki dua sisi, sisi yang satu adalah sabar, sisi yang lain adalah bersyukur kepada Allah.
-Ibnu Mas’ud
Takutlah kamu akan perbuatan dosa di saat sendirian, di saat inilah saksimu adalah juga hakimmu.
-Khalifah ‘Ali
Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku.
-Khalifah ‘Umar
Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh karenanya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk.
-Imam An Nawawi
Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar.
-Khalifah ‘Umar
Dia yang menciptakan mata nyamuk adalah Dzat yang menciptakan matahari.
-Bediuzzaman Said Nursi
Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan; dan kegelapan hati, pangkal penderitaan jiwa.
-Bediuzzaman Said Nursi
Kebersamaan dalam suatu masyarakat menghasilkan ketenangan dalam segala kegiatan masyarakat itu, sedangkan saling bermusuhan menyebabkan seluruh kegiatan itu mandeg.
-Bediuzzaman Said Nursi
Menghidupkan kembali agama berarti menghidupkan suatu bangsa. Hidupnya agama berarti cahaya kehidupan.
-Bediuzzaman Said Nursi
Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal berarti memiliki pikiran yang baik. Dan seseoran yang memiliki pikiran yang baik mendapatkan kenikmatan dari hidup.
-Bediuzzaman Said Nursi