Kembara Sufi

"pengemis CINTA ILLAHI, perindu SYAHID ABADI"

Pages

Tuesday 28 August 2012

Pendosa

aku seorang pendosa
yang masih tak kenal azab siksa
yang sentiasa laro dan alpa,
yang sentiasa dahulukan dunia,
dan kabur mengenal erti cinta syurga..



itu baru nilaian manusia, belum lagi nilaian dari Dia -u.S

sungguh aku belum layak menjadi imam yang baik... maafkan aku atas segalanya...

Friday 3 August 2012

mampukah aku menjadi IMAM?




Manjadi Imam tidaklah susah, tapi menjadi Imam yang baik dan diredhai ALLAH dalam setiap perkara itu menjadikan aku kembali berfikir “adakah aku benar-benar layak?”. Istilah imam selalu digunakan dalam solat, tapi sering juga digunakan dalam erti sebagai ketua dalam pemerintahan.

Perbincangan aku dengan sahabat-sahabat tentang kahwin dan perancangan selepas study menjadi topik utama perbualan. Bukan niat menggatal tapi lebih kepada perancangan bagaimana mahukan keluarga yang qualitinya lebih kepada ISLAM dan jauh dari pandangan sekular.

Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak. Tetapi ada juga dikatakan dosa dalam perkahwinan.

Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa. Dan aku adalah orang yang bakal menanggung dosa-dosa tersebut.

Semua aspek aku perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana aku mahu melayarkan bahtera rumahtangga. Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang aku mahukan? Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama? Itu perlu aku tanya pada diri sendiri.

Terfikir juga aku tentng erti perkahwinan yang sebenar, tengtang perihal imam yang sebenar sampailah aku terjumpa kata-kata dari seoang ulama’ Imam Hassan al-Banna.
“Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat.”

Tahukah anda bahawa maksud tersirat disebalik yang tersurat bagi lafaz akad adalah,
“Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan.”

Berat bukan tanggungjawab seorang suami? Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, akulah yang bertangjungjawab untuk menegurnya, jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.

p/s : semoga aku menjadi imam yang diredhai.