Kembara Sufi

"pengemis CINTA ILLAHI, perindu SYAHID ABADI"

Pages

Showing posts with label KembaraKu. Show all posts
Showing posts with label KembaraKu. Show all posts

Wednesday, 12 August 2015

I'm back!!


Assalamualaikum..... 


Penyepian hampir berbulan-bulan sedikit sebanyak mematangkan aku dalam mengenal erti kehidupan sebenar. Dari menjadi seorang pelajar kepada pengajar hingga dari seorang tauke kepada seorang kuli. Sedikit sebanyak mengajar aku bagaimana untuk terus hidup dan bergaul dengan masyarakat.

Dan yang penting aku merindui zaman kenakalan aku dulu. Sekarang? Bukan tidak boleh nakal, tapi harus berpada. Aku bukan lagi seorang anak yang menggalas beg gambar Ultraman Seven dengan botol air berwarna purple, memakai kasut putih tidak berkapur, memakai seluar slack getah dipinggang, rambut sikat tepi dan memakai cermin mata yang ada tali. Tapi aku sekarang bergelar seorang lelaki yang memikul tanggungjawab menyelamatkan nyawa manusia dengan memakai uniform putih. 

Dan....sekarang aku harus terus usaha dan terus usaha dengan gigih. Aku pun tidak tahu apa yang harus aku usahakan. Kerja? Sudah ada. Kerjaya? Sudah ada. Kereta? Sudah ada. Motosikal? Sudah ada. Koleksi komik belian sendiri? Pun sudah ada. Rumah? Habis tu korang ingat aku merempat curi WIFI kedai mamak ke apa??...

Doakan aku....semoga aku menjumpai apa yang harus aku usahakan..


**Gambar diatas bukanlah uniform sebenar aku.. :p

Monday, 24 March 2014

Cermin..


sedang aku membelek-belek post yg ada dalam wechat tiba0tiba aku terjumpa satu caption ini..... :)

Monday, 17 February 2014

aku dan ______


"walaupun diri cuba menzahirkan benci, namun hati masih menanti"

#diri mungkin tidak layak untuknya...cuba menerima kenyataan itu, walaupun diri masih terpinga-pinga mencari jawapan kepada setiap persoalan...

Sunday, 26 January 2014

This is me...



This is me, and this is what I do..

Live for SOMETHING..

and 

DIE for SOMETHING..

Friday, 17 January 2014

Jururawat Itu Adalah AKU


Tugasku adalah untuk merawat mereka yang sakit. Jika aku yang sakit, siapa pula yang bisa merawat aku? 

:)

My Memory




#Felda Chiku 2, Gua Musang, Kelantan.....

Monday, 27 May 2013

Aku dan Mereka

May 24 2013

Hari ini aku cuti lagi, masih lagi tiada oncall untuk aku. Jadi aku gunakan peluang yang ada ini sebaiknya untuk merehatkan badan aku. Infection dari patient aku barangkali, ditambah pula dengan dengan luka di beberapa tempat yang masih belum pulih sepenuhnya kerana kemalangan tempoh hari. Silap aku juga kerana tidak berpantang. Jadi selepas solat subuh dan al-Wakiah aku terus ke katil untuk tidur.  Kepala semakin panas, badan dan kaki sejuk. Tiba-tiba aku terfikirkan, dimanakah mereka ketika ini, dan apa khabar mereka? Dan aku terus……………

***

Cuaca sungguh indah, matahari tidak terlalu terik ditambah pula angin yang bertiup lembut. Menerbangkan gugur-gugur daun di tanah. Aku mendongak ke langit, bunyi kicau burung sungguh indah. Angkasaraya menjadi hak mereka untuk terbang bebas tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

“wah, mengelamun nampak?” sergah satu suara.
Aku berpaling, Sufi rupanya. Aku tersenyum.
“mana muslimin lain?” tanya Sufi padaku.
“err..muslimin?” aku terpinga.
“sudah lah Abang Alex, asyik berangan sahaja kerjanya. Tolong kami persiapkan barang-barang. Orang dah lapar ni” sampuk Hidayu tiba-tiba.

Aku terkejut, bukan Hidayu saja yang ada, malah aku lihat beberapa orang yang juga aku kenali. Aku tutup mata, “Alhamdulillah Ya ALLAH. Engkau kembalikan perasaan ini kepadaku. Sekali lagi kami bersama”

Kawasan yang sedikit berbukit dan berumput halus menjadi port kami. Aku lihat mereka menghampar tikar dan keluarkan bekalan yang ada. Seperti dugaan aku, bekalan biasanya dibawa oleh Kak Nova, Kak Linda, Mel dan Syahadah. Kalau dari muslimin pula Abang Wan. Mereka memang selalu menjadi AJK Memasak. Sufi, Norezura, Amalina, Farah, Putri dan  Muza hulurkan tangan untuk membantu. Sedang aku lihat di sebelah kiri Maslina, Miera, Nisa dan Hidayu bermain air. Gembira sungguh mereka. Ketika itu aku rasakan badan dan kaki aku begitu sejuk, mungkin tiupan angin barangkali. Fikirku.

“En.Presiden, tak kan tercegat saja?memang tidak ada kerja nak dibuat ya? kalau tidak ada kerja, sila ajak mulimin yang lain cari kayu ya. Kita nak buat BBQ ni!” pinta Farah.
Ya, pinta Farah bagaikan perintah darinya. Itu pun andai diiringi dengan jelingan tajam. Bukan aku saja, semua muslimin tahu akan hal ini. Mungkin ini karismanya. Tegas bersama jelingan. Aku tersenyum lagi.
“memang tiada perubahan” kataku dalam hati.

Tidak jauh dari aku, aku melihat Syafiq, Paan, dan Ilham. Juga bermain air. Ilham seperti biasa pandai buat summersault. Kebiasaannya memang macam ini. Di kawasan yang agak rendah yaitu di sebelah kanan aku aku lihat Nasir, Ammar, Ainul,  Athif, sedang baring menentangkan badan beralaskan tikar. Sungguh mereka mencari ketenangan barangkali.

“Sir, mana yang lain?” tanya aku kepada Nasir.
“siapa?” jawabnya.
“ala, selain muslimin yang dekat sini la”
“oo.. diorang pergi cari kayu kot”

Tika itu aku lihat kelibat Arif, Azizul, Hazizi dan Syahidan pulang dari satu jalan membawa kayu sambil di tangan kiri Arif memegang parang.
“semangat sungguh!” kataku dalam hati.

Kayu diletakkan di tepi bongkah batu BBQ yang dibuat sendiri.
“banyak kayu kami dapat, ni kalau hendak bakar kambing pun cukup”kata shahidan

Ya, kambing bakar memang menjadi kegemaran kami bagi muslimin. Aku masih ingat lagi kami pernah bercadang untuk keluar bersama menikmati masakan nasi arab, tapi sampai sekarang cadangan hanya tinggal cadangan.

Aku cuba membantu, aku keluarkan lighter dari dalam poket dan nyalakan api. Tanpa aku sedari juga muslimin masing-masing cuba untuk nyalakan api. Maklumlah, laparnya sudah terasa.
“aik? Tadi bukan main nampak malas mu. Time main api rajin pulak?” kataku pada Ainul.
“biasa la, perut sudah lapar maa” katanya.
Kami ketawa. suasana yang hingar bingar membuatkan aku rasa benar-benar tenteram. Sungguh aku rasa perasaan ini begitu dekat denganku. Sudah lama aku rasakan perasaan ini hilang kini kembali padaku dalam bentuk semuah mimpi. Ya, aku tahu ini mimpi.

Diseberang sana riuh kedengaran suara Syafiq, Ilham dan Paan bermain air. Dan aku lihat Ammar dan Athif juga ikut serta.
“tidak sejukkah mereka?” selorohku.
Memang aku rasa sangat sejuk, padahal aku sudah nyalakan api di hadapanku.

Api sudah dinyalakan, sudah cukup besar untuk buat BBQ. Aku beritahu muslimah agar pergi mandi dahulu dan biar muslimin yang buat kerja. Sikit nanti muslimah pula yang akan ambil alih. Mataku pula rasa pedih kerana Ainul mengibas asap ke arahku.

“kurang hajo punye Ainul!” marahku.
aku terus meluru ke arah Ainul dan menyepak bahagian punggungnya. Dia hanya mengelak sambil bergelak ketawa.
“ambik mu, cari pasal dengan aku sangat!” kataku sambil ketawa
“ala, sikit saja, bukan pedih pun”
“ok, sekejap lagi aku report kat dia!..haha”kataku
”siot, main kasar Nampak?....haha”
Kami ketawa lagi, kali ini lebih meriah kerana usik-mengusik menjadi senjatanya.

“wahai adik-adikku sekalian, kalian sudah siap bakar ayam ke? Baik cepat makan. Nanti tidak sempat pula” suara Kak Nova menghentikan gelakku pada Ainul.
“tidak sempat ke mana Kak Nova?” tanyaku
“tidak sempat laa” katanya sambil menyusun kuih ke dalam pinggan pakai buang.

Aku terpinga-pinga, “apa maksud Kak Nova?” kataku dalam hati.
“woi, sudah-sudah la tu. Mari makan, ayam da siap bakar!” laung Azizul.
“kalau tak nak makan, kitaorang yang makan dahulu!”sambung Shahidan.

“mana aci!!” sahut muslimah serentak

Aku lihat Arif dan Athif sudah duduk di hamparan tikar sambil membawa seketul ayam setiap seorang.
“amboih, kalau bab mencekit, ligat ya?” kataku yang dari dari masih mencari kepak ayam.
Ya, kegemaranku adalah kepak.
“ok, semua sudah ada. Minta Nasir yang bacakan doanya”pinta Kak Linda.

Kami buat bulatan besar. Sesudah membaca doa kami mula menjamu selera. Masing-masing terdiam seketika. Aku meneliti wajah setiap dari mereka. Ya, aku amat mengenali setiap darinya.

Syafiq, Ilham, Paan, Arif, Ammar, Nasir, Shahidan, Azizul, Hazizi, Abang Wan, Ainul, Athif, Kak Nova, Putri, Kak Linda, Sufi, Norezura, Mel, Amalina, Hidayu, Maslina, Miera, Nisa, Farah, Muza, dan Syahadah.

Mereka diantara sahabat yang rapat denganku. Terlalu banyak kenangan dengan mereka. Badanku terasa sejuk lagi. Tiupan angin membuatkan aku menggigil.

“ha, bila lagi nak buat program seperti ini?” tiba-tiba Maslina bersuara.
“budak ini kalau bab makan laju je kan?” perliku.
Semua tergelak.

“ye la, bila lagi nak buat Rehlah seperti ini? Nanti semua sudah sibuk” Tanya Norezura lagi
“kan sudah diberitahu lagi 5 tahun” kata sufi.

Ya, kami pernah bergurau yang kami akan buat satu perjumpaan kecil. Lagi 5 tahun. Tapi pada fikiranku, bolehkan kami berkumpul dalam keadaan seperti ini lagi? Tiba-tiba aku rasakan pipi aku basah. Aku rasa sebak tiba-tiba. Mungkin aku terlalu memikirkan tentang perkara yang lepas. Mungkin aku terlalu hidup dalam kenangan. Ukhwah yang terbina tanpa perancangan sendiri. Hanya dari Dia kami bertemu.

Sedang ada yang makan dan ada yang bergurau. Ilham mengemukakan soalan,
“ha, bagaimana nanti? Reunion kita? Semua bersetuju kah?”
Semua serentak menjawab, “tiada masalah!”

“Abang Alex Tanya orang, dia tu boleh ke tidak?” Tanya Hidayu.
Aku tersenyum. Sekali lagi aku perhatikan mereka. Benar, inilah mereka dalam memoriku.

Aku terbatuk beberapa kali, badanku menggigil. Aku melihat masing-masing mengukir senyuman ke arahku dan…………………

***

Aku batuk beberapa kali, sebaiknya bagai tiada henti. aku menyedari pipiku basah.  Batuk tadi menyedarkan aku dari mimpi tidurku.

Aku senyum sendirian, sambil meredakan batukku tadi. “insya’ALLAH”.. :)



Monday, 26 March 2012

Tuhan, Salahkah Aku?

Tuhan, salahkah aku untuk menjadi diriku sendiri?
Untuk tidak hipokrit pada diri, pada sahabat dan yang penting padamu allah.

Tuhan, salahkah aku untuk menyembunyikan kesedihanku dengan senda gurau?
Walau aku tahu ia tawar di bibirku.

Tuhan, salahkah aku berdiam diri.
Walau fitnah dunia menghentam diriku.

Tuhan, salahkah aku untuk terus memendam?
Walau aku tahu ianya menyiksa jiwaku.

Tuhan, salahkah aku untuk melihat dunia dengan kegembiraan?
Walau sesetengahnya berbeza pandangan.

Tuhan, salahkah aku hidup dengan caraku?
Walau aku tahu ia banyak berliku.

Tuhan, salahkah aku untuk tidak memenangi hati semua orang?
Walau aku tidak memenangi hatiku sendiri.

Tuhan, salahkah aku melalui jalan yang berbeza?
Walau aku tahu ia tetap pada jalanmu.

Tuhan, salahkah aku menyalahkan semuanya pada diriku?
Walau ku tahu ianya bukan dariku.

Tuhan, salahkah aku untuk mengharapkan cintamu?
Walau aku tahu cintaku kepadamu tidak seberapa.

Tuhan, salahkah aku berharap pada manusia?
Walau aku tahu mungkin bukan dia untukku.

Tuhan, salahkah aku takut kepada kehilangan?
Walau aku tahu ianya adalah hukum alam.

Tuhan, salahkah aku menjalin perhubungan antara insane-insan?
Walau aku tahu perlukan banyak pembetulan.

Tuhan, salahkah aku mengharapkan yang lebih baik?
Walau aku tahu pengharapanku sia-sia

Tuhan, salahkah aku meletakkan harapan yang menggunung?
Walau aku tahu usahaku hanya membukit.

Tuesday, 13 March 2012

Aku tidak bisa mencintaimu kerana rupamu,
Kerana aku bukanlah seorang yang cantik.
Aku tidak bisa mencintaimu kerana hartamu,
Kerana aku bukanlah seorang yang kaya.
Aku tidak bisa mencintaimu kerana akhlakmu,
Kerana aku bukanlah seorang yang berperibadi.
Aku tidak bisa mencintaimu kerana kepintaranmu
Kerana aku masih terkontang hala tuju.

Tapi, aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu.
Kerana hanya itu fitrah yang ada dalam dirimu dan juga diriku.

pokok Nyior


Setinggimana pun puncaknya akan cuba ku gapai

Friday, 9 March 2012

Sahabat Sejati

Downtown cheras


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

nenek


Tidak semua yang kita rancang menepati dengan apa yang kita harapkan,
Sempatkah kita menghadapi masa tua atau sebaliknya?