Kembara Sufi

"pengemis CINTA ILLAHI, perindu SYAHID ABADI"

Pages

Saturday, 4 February 2012

Di Mana Hospital Rasulullah??


Ya Rasulullah
Sedih dan pilu mengenangkan
Disaat umat kehilangan dirimu yang mulia
Kau diberi pilihan untuk kekal di dunia
Namun kau tekad memilih
Untuk bersama Yang Esa
Dan mereka yang diberi nikmat
 
Ya Rasulullah
Tiada mungkin ku lupakan
Pesanan mu yang terakhir
Buat muslimin dan muslimat
Istiqamah dalam menunaikan solat
Istiqamah dalam menunaikan solat
 
Assalammualaikum…. Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk mencalit sedikit perkongsian. Umat Islam seluruh dunia menyambut Maulidurrasul yang semestinya memperingati kelahiran Rasulullah. Lirik lagu “kau Istimewa” menerpa gegendang telinga, mari sama-sama kita berelawat dan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Rasulullah adalah sebaik-baik utusan yang diutuskan oleh ALLAH S.W.T untuk menjadi contoh kepada hamba-hambaNya. Bagaimana Rasulullah menjaga kesihatannya tika zaman itu? Sungguh sekarang begitu banyak penyakit, kerana kita asyik mengikut apa kata orang barat. Mari kita renung dan dekati apa amalan Rasulullah.
 
Rasulullah saw adalah pemimpin yang cemerlang dalam berbagai bidang. Beliau adalah seorang ketua Negara yang bijak bersiasah, seorang mubaligh penuh hikmah, ketua tentera yang penuh strateji, ahli ibadah yang kusyuk, zahid yang menawan dunia, pakar menyelesaikan masalah masyarakat, perancang ekonomi dan sebagainya. Untuk menggambarkan keunggulan peribadi baginda melalui tulisan dan kata-kata samalah seperti ingin menuang air di lautan ke dalam sebuah gelas. Tidak akan dapat dipaparkan secara teliti dan terperinci!
 
Kita pernah membaca lembaran sejarah mengenai kaedah beliau melatih para da’i, ahli ekonomi, tentera-tentera, ulama, ahli fikir, tetapi jarang kita membaca beliau melatih doktor dan pakar perubatan. Kita tahu madrasah didikannya ialah masjid Nabawi tetapi di manakah letaknya pusat rawatan pesakit-pesakit di kalangan sahabat? Di manakah hospital Rasulullah? Dari kacamata pakar masyarakat dan ahli sosiologi hari ini, mungkin perkara ini dipandang sebagai satu kelemahan dan kekurangan. Pada anggapan mereka satu masyarakat yang maju dan bertamadun mestilah mempunyai ramai para doktor, jururawat dan bilangan hospital yang banyak. Malah taraf kesihatan sesebuah negara adalah diukur daripada kemampuan mereka mengadakan doktor dan membina banyak hospital. Lebih ramai doktor, lebih tinggilah taraf kesihatan sesebuah negara. Lebih banyak hospital lebih tinggilah taraf kemajuan sesebuah negara. Inilah anggapan mereka.
 
Anggapan di atas tidaklah tepat. Sebenarnya semakin ramai doktor dan semakin banyak hospital yang didirikan menunjukkan semakin ramai orang yang sakit. Apabila semakin ramai pesakit yang memerlukan rawatan, ini menunjukkan taraf kesihatan semakin rendah. Samalah keadaannya dengan semakin banyak penjara yang didirikan ertinya semakin ramai orang yang jahat.
 
Rasulullah saw diutuskan oleh Allah swt sebagai pembawa rahmat bagi seluruh alam. Oleh itu kesakitan dan kejahatan dengan sendirinya dapat dihadapi dengan sebaik-baiknya oleh umatnya dengan rahmat yang dibawa oleh baginda. Ertinya, kedatangan Rasulullah saw dengan sendirinya dapat mengurangkan bilangan orang yang sakit dan dapat membaiki kejahatan manusia. Mungkin ada orang yang akan bertanya, “Adakah Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya tidak pernah sakit? “Sudah tentu kita menjawab bahawa sebagai manusia biasa mereka tidak dapat mengelakkan sunnatullah yang ditentukan bagi setiap manusia. Manusia akan selamanya ditimpa kesakitan, kesusahan, bencana alam dan kematian yang merupakan sunnatullah yang tidak dapat diubah-ubah dan ditukar-ganti. Jadi bagaimana Rasulullah saw mengubat penyakit? Dan kenapa baginda tidak membina hospital?
 
Inilah keistimewaan Rasulullah saw. Beliau boleh mengubat penyakit yang dihidapi oleh umatnya ketika itu tanpa sibuk-sibuk membuka hospital dan bersusah-payah melatih doktor-doktor. Tatapi ini bukan bererti baliau tidak mengambil perhatian tantang penyakit. Rasulullah saw bersabda”
 
“Berubatlah wahai hamba Allah. Sesungguhnya Allah menciptakan penyakit dan juga ubatnya.”
 
Sabda baginda lagi:
“Setiap penyakit ada ubatnya, diketahui oleh orang yang berilmu, tidak diketahui oleh orang yang tidak berilmu, kecuali tua dan mati.”
 
Melalui dua hadis ini jelaslah bahawa Rasulullah saw mempunyai kaedah yang tersendiri untuk mengubat dan mengawal penyakit. Pendirian Rasulullah saw di bidang perubatan dapat dilihat sewaktu Hatib bin Batlaah (seorang sahabat) telah diutuskan menemui Muqauqis Maharaja Mesir. Utusan Rasulullah yang membawa risalah Islam itu telah disambut baik dan sebagai balasannya, Maharaja Mesir telah mengirim hadiah balas kepada Rasulullah saw. Hadiah itu merupakan beberapa orang wanita cantik, di antaranya ialah Mariatul Qibtiah, seorang doktor yang bijak mengubat penyakit dan bentuk-bentuk hadiah yang lain. Rasulullah saw menerima semua hadiah daripada Maharaja itu kecuali doktor yang dikembalikan semula, lantas baginda bersabda:
 
“Kami adalah umat yang makan hanya apabila lapar dan berhenti sebelum kami kenyang.”
 
Inilah rahsia perubatan Rasulullah saw. Makan hanya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang yang merupakan langkah yang paling berkesan untuk mencegah dan mengawal penyakit sebelum diserang. Jelaslah Rasulullah saw telah mendahului pakar-pakar perubatan dalam mengamalkan prinsip iaitu mencegah adalah lebih baik dari mengubat.
 
Sabda Rasulullah saw ini diamalkan oleh baginda sendiri dan para sahabat. Dengan amalan ini mereka manjadi individu yang sihat dan mampu memikul beban perjuangan yang berat. Dari badan yang sihat inilah mereka dapat membina kecerdasan akal yang sangat penting untuk bertindak, berfikir dan merancang demi masa depan Islam. Akal yang cerdas lahir daripada badan yang sihat. Sebab itu Rasulullah saw sendiri pernah bersabda:
 
“orang Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada Mukmin yang lemah.”
 
Rasulullah saw juga bersabda:
“Berpuasalah kamu nescaya kamu menjadi sihat.”
 
Punca segala penyakit ialah daripada makan yang tidak diatur mengikut syariat dan terlalu berlebih-lebihan. Dengan berpantang dan berpuasa kesihatan dapat dikawal kerana perut dapat dijaga dari menerima terlalu banyak makanan dan makan makanan yang tidak sesuai.
 
Inilah salah satu hikmahnya mengapa Allah swt mewajibkan kita berpuasa di bulan Ramadhan dan berpuasa sunat paling kurang dua kali seminggu di bulan-bulan lain. Kesilapan kita hari ini apabila tiba pada waktu berbuka, seolah-olah melepaskan dendam pula dengan makanan yang beranika jenis, dengan lauk pauknya serta kueh dan lain-lain lagi. Hikmah dari berpuasa itu tadi sudah hilang berkatnya.
 
Menurut Islam, makanan yang sedikit adalah berfaedah untuk kesihatan tubuh badan dan mencegah penyakit. Punca penyakit ialah banyak makan dan apabila berlaku percampuran sisa-sisa makanan di dalam perut dan urat-urat. Kenyataan ini sebenarnya turut dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden hari ini. Penyakit berlebihan makanan adalah pembunuh utama manusia zaman
sains dan teknologi. Makanan yang tidak seimbang samada berlebih protin, lemak, kaborhidrat dan lain-lain dalam tubuh badan manusia, menyebabkan berbagai-bagai penyakit seperti lemah jangtung, darah tinggi, kencing manis, barah dan lain-lain. Sering saya dan rakan-rakan doktor yang lain menasihatkan pesakit, “Kurangkan makan gula” “Kurangkan makan yang berlemak dan berkrim.” “Jangan makan daging kerang terlalu banyak.” Sedangkan Rasulullah saw telah berpesan kepada umatnya jauh lebih lama dengan sabdanya:
 
“Perut yang berisi makanan adalah punca penyakit, berpantang itu ialah ubat. Biasakanlah setiap jasmani dengan apa yang telah menjadi kebiasaannya.”
 
Perkataan Rasulullah saw ini ternyata benar dan telah dicedok oleh pakar perubatan masa kini dalam mencegah penyakit.
 
Dunia hari ini meletakkan kebuluran sebagai masalah utama kerana ia telah membunuh jutaan manusia dari tahun ke tahun. Namun sebenarnya, makan berlebihan, lebih banyak membunuh manusia dari kebuluran. Di negara-negara kaya yang maju, penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis dan berbagai-bagai jenis, merupakan punca kematian yang paling lumrah dan berlaku setiap masa dan ketika. Ini bererti lebih ramai orang yang mati akibat banyak makan daripada yang kurang makan. Sepatutnya kita merasa kasihan kepada orang yang mati akibat terlalu banyak makan kerana mereka sebenarnya menganiayai diri mereka sendiri. Sedangkan orang yang mati kebuluran merupakan ujian Allah yang mempunyai hikmah tersembunyi dalam mendidik manusia agar ingat kepada-Nya. Dengan kata-kata yang lain, orang yang banyak makan sebenarnya menzalimi dirinya sendiri.
 
Kesihatan amat penting kepada seseorang muslim kerana sekiranya sakit, ini menghalangnya daripada beribadah dan menggugat ketenteraman hati dalam berzikir dan berfikir. Sebab itu berlapar dengan berpuasa adalah kunci utama yang digalakkan melakukannya demi mendapat tubuh badan yang sihat. Oleh kerana itu Islam telah mewajibkan berpuasa di bulan Ramadhan yang salah satu daripada hikmahnya ialah untuk menjaga kesihatan. Puasa sunat digalakkan dengan janji dan ganjaran yang tinggi di sisi Allah. Semakin banyak puasa yang diamalkan oleh sesuatu umat itu semakin kuatlah semangat dan kegigihan dalam perjuangan. Selagi Islam didukung oleh individu-individu yang banyak berpuasa, selagi itulah ia akan kuat dan berdaulat. Kelemahan umat Islam kini ialah kerana mereka cuai berpuasa yang wajib apalagi untuk mengamalkan puasa sunat.
 
Sementara itu membangunkan institusi perubatan secara berjemaah adalah termasuk bidang fardhu kifayah yang mesti dipikul bersama oleh umat Islam. Namun ini tidaklah bererti apa-apa jika umat Islam lebih mementingkan pengubatan setelah diserang penyakit daripada bertindak mencegahnya sebelum diserang.
 
Walau bagaimana, penyakit tidak dapat dielakkan dari menimpa manusia walaupun ia telah berpuasa, makan hanya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang dan mengamalkan sunnah Raulullah saw yang lainnya. Di dalam setiap penyakit yang ditimpa pada manusia ada rahmat atau bala bergantung kepada bagaimana pengidap menghadapinya. Nabi Muhammad saw bersabda:
 
“Bila seorang hamba jatuh sakit, Allah swt mengutuskan dua Malaikat. Telitilah apa yang dikatakan oleh pesakit itu kepada pengunjungnya! Kalau ia memuji Allah dan menyanjung Nya dengan baik, maka kedua Malaikat itupun berdoa untuknya. Kalau ia mengeluh dan berbicara yang buruk-buruk, kedua malaikat itupun mengucapkan: Semoga begitulah ia jadinya!”
 
Menurut Islam, penyakit mempunyai banyak hikmah yang mengandungi kebaikan. Dengannya seorang hamba akan dikurniakan pahala sabar yang tidak mungkin dicapai oleh orang yang sentiasa sihat. Nabi Muhammad saw bersabda:
 
“Bila Allah swt mengasihi seorang hamba, lalu ia diuji-Nya. Bila si hamba bersabar ia menjadi orang yang istimewa pada pandangan-Nya. Bila ia bersikap redha ia menjadi orang pilihan-Nya.”
 
Oleh kerana itulah ada di antara para Nabi, para sahabat Rasulullah dan para waliullah suka bila ditimpa penyakit kerana dengan itu mereka memperolehi pahala sabar. Mereka ini selalu menyembunyikan penyakitnya daripada pengetahuan umum dan juga kepada tabib. Penyakit itu dideritainya dengan rasa redha kepada ketetapan Allah, dengan penuh kesedaran bahawa ingatannya kepada Maha Besar (Allah) lebih menguasai hatinya yang tidak boleh digangu oleh sebarang penyakit kerana penyakit hanya menghalang anggotanya bukan hatinya!
 
Apabila zaid bin Tsabit mendengar rasulullah saw bersabda: “Demam sehari menjadi kifarat dosa setahun,” beliau pun berdoa kepada Allah agar selalu demam. Adalah diriwayatkan beliau (Zaid bin Tsabit) sentiasa tidak berpisah dengan demam sehinggalah akhir hayatnya.
 
Namun janganlah disalah-ertikan bahawa penyakit yang dihadapi oleh para sahabat menghalang mereka daripada beribadah dan berjuang di jalan Allah. Sayidina Ali Karamallahuwajhah membuka benteng Khaibar (peperangan dengan orang Yahudi) ketika matanya sakit, Saad bin Abi Waqqas menunggang kuda menuju medan pertempuran dengan tentera Parsi ketika punggungnya ditumbuhi bisul-bisul, Abu Ayub Al Ansari yang sakit tenat diusung ke medan perang sehingga jenazahnya dikebumikan di tepi benteng kota Konstantinopel, Amar bin Jamuh menuju medan Uhud dengan kakinya yang pincang dan ramai lagi para sahabat yang sanggup meneruskan perjuangan walaupun fizikalnya sakit.
 
Sakit juga dapat menanam rasa kehambaan terhadap Allah swt. Ini adalah sifat yang terpuji. Seorang manusia yang banyak berdosa tetapi mempunyai rasa kehambaan adalah lebih baik daripada seorang manusia yang banyak beribadah tetapi diiringi oleh rasa takbur dan sombong. Rasa sakit dapat mengingatkan seorang kepada Allah swt. Ia kembali berdoa dan berharap serta menyerah diri kepada Penciptanya. Sebaliknya seorang individu yang sentiasa sihat akan terdorong untuk lalai dan derhaka kepada Allah swt. Firman Allah swt yang bermaksud:
 
“Sesungguhnya manusia akan derhaka bila dirasanya ia sanggup berdikari.”
 
Seorang ahli sufi pernah berkata, “Firaun tergamak berkata, “Dakulah Tuhan kamu yang Maha Tinggi,  “kerana ia sentiasa sihat dan kuat. Empat ratus tahun lamanya ia tidak pernah sakit walaupun sekadar demam, sakit kepala atau tersalah urat. Kalaulah ia ditakdirkan demam agak sehari, tentu hal itu akan merintangi dirinya dari bercakap besar apalagi untuk
mengaku dirinya sebagai Tuhan!
Atas dasar itulah, para solehin zaman dahulu merasa kurang senang bila setahun telah berlalu sedang mereka tidak pernah diuji dengan sakit. Mereka itulah yang berkata, “orang Mukmin tidak sunyi dari kejutan dan cubaan setiap empat puluh hari.”
 
Walaupun dasar perubatan Rasulullah saw ialah mencegah lebih baik dari mengubat tetapi ini tidaklah bererti Rasulullah saw tidak mempunyai kaedah untuk mengatasi penyakit yang telah dihidapi oleh seseorang. Kepada Sayidina Ali yang sedang sakit mata, Rasulullah saw bersabda, “jangan makan kurma yang masih muda, makanlah Siliq (sejenis sayur yang telah dimasak dengan tepung gandum). “Untuk menjaga peredaran darah baginda bersabda, “Berbekamlah pada 17, 19 dan 21 haribulan, agar darah kamu tidak melimpah berlebihan dan membinasakan.”
 
Pernah beberapa orang sahabat singgah di sebuah kampung dalam satu perjalanan. Kebetulan ketua kampong tersebut sedang sakit dan anak buahnya meminta pertolongan mereka untuk mengubatinya. Salah seorang sahabat Rasulullah bangkit dan menuju kepada ketua kampung itu. Sahabat-sahabat yang lain hairan kerana mereka tahu bahawa sahabat mereka itu bukanlah seorang tabib. Setelah beliau membaca sesuatu, ketua kampong itupun sembuh. Mereka pelik dan bertanya. “Apakah engkau ini tukang jampi?”
 
Beliau menjawab, “Aku hanya membaca Ummul kitab (Al Fatihah).”
 
Peristiwa ini disampaikan kepada Rasulullah saw, lantas baginda bersabda, “Siapa tahu bahawa surah itu (Al Fatihah) adalah ubat?”
 
Peristiwa inilah yang menyebabkan para ulama besar berpendapat bahawa ayat-ayat Al Quran boleh dijadikan penawar kepada penyakit-penyakit. Ini berdasarkan firman Allah:
 
“Dan Kami turunkan dari Al Quran sesuatu yang menjadi ubat dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan bagi orang yang zalim tetap bertambah rugi.”
 
Pendapat ini kemudiannya dibenarkan oleh pengalaman hidup seharian. Banyak penyakit yang telah Berjaya disembuhkan hanya dengan doa-doa, ayat Quran dan selawat. Ini disebabkan di dalam ayat-ayat Quran terkandung rasa tauhid, penyerahan diri, sanjungan, pujian terhadap Allah swt. Sesungguhnya nama-nama Allah yang baik-baik (Asmaul Husna) dapat menghilangkan segala kejelekan dan mendatangkan segala kebaikan.
 
Angkara kederhakaan manusia telah menimbulkan banyak penyakit yang tidak terdengar apalagi dialami oleh generasi salafussoleh. Penyakit siplis, gonnorhea, AIDS dan bermacam-macam lagi penyakit kelamin adalah kehinaan yang ditimpakan oleh Allah swt kepada pelaku kemungkaran dan iktibar kepada orang yang beriman. Tidak ada gunanya kita memerah otak mencari penawar selagi manusia tetap tidak mahu tunduk kepada undang-undang Allah. Oleh sebab itulah tidak pernah kita dengar ubat atau penawar dari Rasulullah untuk penyakit ini kecuali sepotong ayat Al Quran yang pendek berbunyi, “Janganlah kamu hampiri zina!”
 
Penyakit tidak pernah menghalang manusia untuk terus beribadah sepertimana ia juga tidak pernah menghalang manusia untuk terus melakukan kemungkaran. Ia dapat dijadikan peringatan bagi orang yang mahu berfikir sementara orang yang degil akan terus dengan
kedegilannya. Rasulullah saw diutuskan untuk mendidik manusia agar mempunyai kekuatan jiwa, kecerdasan akal dan kesihatan badan. Dengan ketiga-tiga kekuatan ini mereka bangkit memperjuangkan Islam yang akhirnya menjadi “Super power” di atas muka bumi. Namun tidak pernah kita mendengar mereka membina hospital. Jika hati kecil kita bertanya, “Dimanakah hospital Rasulullah?”
 
Jawapannya, “Pada setiap diri yang mengamalkan Sunnah!”

Bicara CINTA dalam AL-QURAN

Puisi yang saya sampaikan seperti di atas biasa kita dengar. mana tidaknya, bagi peminat-peminat karya Habiburrahman El-Shirazy ianya bagaikan kata-kata yang menggambarkan betapa besar serta berbunganya hati sang pencinta. sudah tentu bagi umat ISLAM kita diwajibkan untuk mencintai ALLAH dan Rasul melebihi segalanya. tetapi itu tidak bermaknya cinta manusia kita ketepikan. dijelaskan sekali lagi, raih dahulu CINTA ALLAH dan Rasullullah sebelum kita mencapai cinta manusia. Disini saya menjelaskan beberapa potong ayat Al-Quran yang membicarakan tentang cinta.


Kata cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki erti yang sama yaitu menyukai, senang, menyayangi. Rasulullah S.A.W bersabda, "tidak sempurna iman seseorang andai ia tidak mencintai saudara seislamnya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"

Sebagaimana dalam QS Ali Imran : 14 “Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (syurga).” Dalam ayat ini Hubb adalah suatu naluri yang dimiliki setiap manusia tanpa kecuali baik manusia beriman maupun manusia durjana.

Adapun Wudda dalam QS Maryam : 96 “ Sesungguhnya orang-orang beriman dan beramal sholeh, kelak ALLAH yang maha pemurah akan menanamkan dalam hati mereka kasih sayang ” jadi Wudda (kasih sayang) diberikan ALLAH sebagai hadiah atas keimanan, amal sholeh manusia. Dipertegas lagi dalam QS Ar Rum : 21 “ Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah ia menciptakan untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung merasa tentram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” Dalam ayat inipun ALLAH menggambarkan ‘cenderung dan tentram’ yang dapat diraih dengan pernikahan oleh masing-masing pasangan akan diberi hadiah (ja’ala) kasih sayang dan rahmat.

Dalam fil gharibil Qur’an dijelaskan bahwa hubb sebuah cinta yang meluap-luap, bergejolak. Sedangkan Wudda adalah cinta yang berupa angan-angan dan tidak akan terraih oleh manusia kecuali ALLAH menghendakinya, hanya ALLAH yang akan memberi cinta Nya kepada hamba yang dkehendakiNya. ALLAH yang akan mempersatukan hati mereka. Walaupun kita belanjakan seluruh kekayaan yang ada di bumi, nescaya kita tidak akan mendapatkan kebahagiaan cinta jika ALLAH tidak menghendakiNya. Oleh karena itu terraihnya cinta—wudda pada satu pasangan itu karana kuality keimanan rohani pasangan tersebut. Semakin ia mendekatkan diri kepada Sang Maha Pemilik Cinta maka akan semakin besarlah wudda yang Allah berikan pada pasangan tersebut.

Cinta inilah yang tidak akan luntur sampai di hari akhir nanti sekalipun maut memisahkannya, cinta yang atas nama ALLAH, mencintai sesuatu atau seseorang demi dan untuk ALLAH. Insya'ALLAH...

Muslimah...........

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin mengaji
Islam kau jadikan ikutan sejati


Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya


Lagu dendangan Nazrey Johary masih menerpa ke dalam fikiranku, bukan niat terlalu memuji wanita tapi mengangkat sedikit kecantikan wanita solehah agar menjadi contoh dan kepada wanita-wanita di luar sana yang masih menganggap mereka kuno dan bermacam anggapan yang lain. Bagi diriku, tidak ada wanita yang lebih menarik perhatianku selain dari wanita yang melabuhkan pakaian serta menundukkan pandangan mereka. MALU, itulah sifat yang aku rasakan sudah kurang dititik beratkan oleh wanita zaman sekarang. Bercakap berpandukan pengalaman aku sendiri, bukan diluar bandar saja malah di perkampunganku sendiri.


Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi...

Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas
mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)

Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarikperhatian.

Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang
tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan
memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa
senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.

Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan
hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak seperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.

Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.


Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Saturday, 3 December 2011

Manusia sebagai Hamba dan Khalifah ALLAH S.W.T

Sabda Rasululllah S.A.W, “ Aku tinggalkan kamu 2 perkara, apabila kamu berpegang kepada kedua-duanya pasti kamu tak akan sesat selama-lamanya, Al-Quran dan Sunnah Rasulullah”    (H.R. Bukhari wa Muslim)

 PERANAN MANUSIA.

Manusia dijadikan oleh Allah bukan secara sia-sia dan main-main bahkan, mempunyai peranan dan matlamat yang tertentu. Firman Allah SWT:


 Maksudnya :
 “Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu’minun:115)

 Di antaranya ialah sebagai khalifah Allah yang akan mentadbir, mengurus dan membangunkan bumi ini mengikut syariat dan peraturan Allah dan juga sebagai hamba yang sentiasa beribadah kepadaNya.


1.1 KONSEP MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH.

1.1.1 Tanggungjawab Manusia Sebagai Hamba.

 Allah SWT dengan kehendak kebijaksanaanNya telah mencipta makhluk-makhluk yang di tempatkan di alam penciptaanNya. Manusia di antara makhluk Allah dan menjadi hamba Allah SWT. Sebagai hamba Allah tanggungjawab manusia adalah amat luas di dalam kehidupannya, meliputi semua keadaan dan tugas yang ditentukan kepadanya.

Tanggungjawab manusia secara umum digambarkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis berikut. Dari Ibnu Umar RA katanya; “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

 “Semua orang dari engkau sekalian adalah pengembala dan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang digembalainya.Seorang laki-laki adalah pengembala dalam keluarganya dan akan ditanya tentang pengembalaannya. Seorang isteri adalah pengembala di rumah suaminya dan akan ditanya tentang pengembalaannya.Seorang khadam juga pengembala dalam harta tuannya dan akan ditanya tentang pengembalaannya. Maka semua orang dari kamu sekalian adalah pengembala dan akan ditanya tentang pengembalaannya.”
 (Muttafaq ‘alaih)


 Allah mencipta manusia ada tujuan-tujuannya yang tertentu. Manusia dicipta untuk dikembalikan semula kepada Allah dan setiap manusia akan disoal di atas setiap usaha dan amal yang dilakukan selama ia hidup di dunia. Apabila pengakuan terhadap kenyataan dan hakikat wujudnya hari pembalasan telah dibuat maka tugas yang diwajibkan ke atas dirinya perlu dilaksanakan.

1.1.2 Manusia Sebagai Khalifah Allah.

Antara anugerah utama Allah kepada manusia ialah pemilihan manusia untuk menjadi khalifah atau wakilNya di bumi. Dengan ini manusia berkewajipan menegakkan kebenaran, kebaikan, mewujudkan kedamaian, menghapuskan kemungkaran serta penyelewengan dan penyimpangan dari jalan Allah.

Firman Allah SWT :
Maksudnya :
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku jadikan di bumi seorang Khalifah. Berkata Malaikat: Adakah Engkau hendak jadikan di muka bumi ini orang yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan bertaqdis dengan memuji Engkau? Jawab Allah: Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”
 (Al-Baqarah:30)

 Di kalangan makhluk ciptaan Allah, manusia telah dipilih oleh Allah melaksanakan tanggungjawab tersebut. Ini sudah tentu kerana manusia merupakan makhluk yang paling istimewa.

1.2 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAHNYA.

 Tanggungjawab manusia sebagai hamba dan khalifah kepada Allah secara khususnya meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan. Tanggungjawab tersebut bolehlah dirumuskan seperti berikut:

1. Mengabdikan diri kepada Allah menerusi beriman kepada Allah dan melakukan amal soleh dalam bentuk yang sempurna.

2. Sebagai hamba, manusia perlu melaksanakan amanah Allah, memelihara serta mengawal agama Allah serta ajaran Allah SWT.

3. Ke arah melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah ini, manusia hendaklah menyedari dan memahami bahawa kewajipan berdakwah dengan menyebarkan dan memperluaskan ajaran Islam ke arah menegakkan syiar Islam serta meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini, dengan berperanan menegakkan amar makruf serta mencegah kemungkaran.

Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya :
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali Imran: 104)

 Apabila tugas menyeru kepada Islam dilakukan secara meluas dan menyeluruh dan dapat memberi kesedaran dan keinsafan nescaya akan dapat mewujudkan manusia yang faham akan tanggungjawab dan menjadi manusia yang bertanggungjawab.

4. Sebagai khalifah Allah, yang dimaksudkan dengan wakil Allah, wajiblah manusia menjaga agama dengan melaksanakan dua perkara:

i) Menegakkan Islam. Dengan berdakwah kepada manusia seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA dan membuktikan kebaikan ajaran Islam dan hukumnya di samping mempertahankan agamanya dari ancaman musuh.

ii) Melaksanakan Islam. Dengan mengamalkan perintahNya dan meninggalkan laranganNya, dalam semua urusan termasuk juga urusan kemasyarakatan dan kenegaraan.

5. Bertanggungjawab menjauh dan memelihara diri dan keluarga daripada masuk ke dalam neraka.


 Firman Allah SWT :

 Maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman ! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu (berhala). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh Malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula melakukan segala yang diperintahkan.” (At-Tahrim : 6)

 Begitulah di antara tanggungjawab besar yang wajib dilaksanakan oleh setiap manusia yang hidup di atas muka bumi Allah. Seterusnya ia mestilah kembali kepada Islam, menghayati Islam, kembali kepada beriman dan beramal soleh.

Monday, 26 September 2011

Soal Jawab Rasulullah S.A.W dan Iblis

Assalamualaikum wbt...
 Saya ambil ni drpd blog seseorg dan sedikit penambahan dari saya sendiri. dan ada hadith tentang keraguan saudara dan saudari. hadith ni agak pnjg tp baca lah smpai habis



 KESAKSIAN IBLIS
 Katagori bacaan: Memerlukan tahap pemikiran tinggi dan kekuatan hati tahap maksima.

 Amaran: Bacaan ini agak merbahaya bagi sesetengah orang terutama yang kurang kekuatan mentalnya.

 Iblis merupakan satu bangsa Jin yang sangat alim, warak, ahli abadi, menjadi ketua kepada Malaikat dan Jin. Iblis juga adalah salah satu bangsa atau puak Jin yang pada mulanya sangat abadi beribadah kehadrat Allah swt. Sangkin kerana kuat ibadahnya, Iblis telah diberi keistimewaan (kesaktian) oleh Allah swt.

 Dipetik perumpamaan Ulama tafsir iaitu, “Tiada permukaan walau satu inci pun dibumi dan disyurga (dahulunya) yang tidak menyentuh dahi Iblis kerana banyak sujudnya kepada Allah swt.” Jadi bayangkanlah betapa abadinya Iblis ini.
 Satu ketika dahulu, Iblis pernah mengetuai balatentera perang bersama-sama Malaikat untuk menghapuskan satu golongan Jin yang membuat kerosakan di Alam Syurga dahulu dengan perintah Allah swt. Selepas itulah timbul perasaan ego dihatinya kerana telah mengatahui tiada satu makhluk Allah yang boleh mengalahkannya. Peristiwa ini berlaku sebelum Adam diciptakan.

 Selepas peristiwa inilah, Allah yang Maha Mengatahui telah menciptakan Manusia. Pertama sekali untuk menguji Iblis atas keimanannya terhadap Allah swt. Apabila Allah memerintah semua makhluk ciptaannya untuk sujud kepada Adam as kerana Adam dan seluruh keturunannya telah dilantik menjadi Khalifah(ketua seluruh makhluk) oleh Allah swt.

 Maka semua makhluk ciptaan Allah swt sujud patuh atas perintah itu kecuali Iblis. Iblis merasakan seharusnya dialah yang mendapat darjat Khalifah itu oleh kerana amal ibadahnya yang tiada tandingannya serta satu jenis kuasa istimewa (sakti) yang hanya diberi kepadanya. Walhal Allah Maha Berkuasa dan berkuasa untuk memberikan sakti tersebut kepada sesiapa yang diingini-Nya. Inilah kesilapan Iblis yang terbesar dan dianggap derhaka kepada perintah Allah swt.
 Maka terbukti yang Iblis tidak pernah ikhlas dalam beribadah. Itulah sebabnya dia dimurkai dan dianggap derhaka akan perintah Allah dan dihukum murtad dan kafir oleh Allah swt akan tabiatnya itu. Iblis pula telah memohon untuk dipanjangkan umurnya untuk menyesatkan seluruh musuh utamanya iaitu Manusia anak cucu Adam as.

 Ia telah mendapat perkenan Allah swt dengan diberi panjang umur. Maka apa yang kita lihat, dengar, baca dan faham pada hari ini adalah sumpah dan janjinya yang mahu menyesatkan semua manusia dihadapan Allah swt. Sumpah dan janji itu akan terus dilaksanakan sehingga hari kiamat.

 Ia kemudiannya telah mejadi ketua puak jahat dikalangan semua golongan Jin (bangsa Jin) yang memerintah seluruh kerajaan Jin didunia Ini. Ia pula meletakkan semua keturunannya disemua bahagian pemerintahan dinegara-negara Jin yang digelar Maharaja dan Raja-raja disamping raja bagi puak Jin yang tersangat ramai itu.

 Suatu hari, Iblis telah menjelma menjadi manusia, dan telah diperintahkan keatas Iblis untuk masuk menghadap Baginda Rasulullah saw. Iblis telah diperintahkan begitu supaya dapat diceritakan kepada ummat apa dan bagaimana Iblis dan bala tenteranya dapat merealisasikan janjinya terhadap Allah swt. Berikut saya sertakan sebuah Hadis mengenai kisah ini:

 Dari Muadz bin Jabal, dari Ibu Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah saw di kediaman seorang sahabat Anshar, terdengar panggilan seseorang dari luar rumah, “Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku.” Rasulullah saw bersabda: “Tahukah kalian siapa yang memanggil?” Kami menjawab: “Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu.” Rasulullah melanjutkan, “Itu Iblis, laknat Allah bersamanya.” Lalu Saidina Umar bin Khattab berkata: “Izinkan aku membunuhnya wahai Rasullulah.” Rasulullah menahannya: “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, pahamilah apa hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik.”
 Ibnu Abbas ra berkata: pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang kakek yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.

 Iblis berkata: “Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu para hadirin”
 Rasulullah saw lalu menjawab: “Salam hanya milik Allah swt, sebagai makhluk terlaknat, apa keperluanmu?”
 Iblis menjawab: “ Wahai Muhammad, aku datang kesini bukan atas kemauanku, namun karena terpaksa”.

 “Siapa yang memaksamu?”

 “Seorang malaikat utusan Allah mendatanganiku dan berkata: Allah SWT
 memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin.”
 “Oleh karena itu aku sekarang mendatanganimu. Tanyalah apa yang hendak Kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh.”
 *Orang yang dibenci Iblis*
 Rasulullah saw lalu bertannya kepada iblis: “Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?” Iblis segera menjawab: “Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah makhluk Allah yang paling aku benci.”

 “Siapa selanjutnya?” tanya Rasulullah saw.
 “Pemuda yang bertaqwa memberikan dirinya mengabdi kepada Allah swt.”

 “Lalu Siapa lagi?”
 “Orang alim dan wara’ (loyal)”

 “Lalu siapa lagi?”
 “Orang yang selalu bersuci (juga merujuk kepada orang yang tetap wudu’nya).”

 “Siapa lagi?”
 “Seorang yang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain?”

 “Apa tanda kesabarannya?”
 “Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang – orang yang sabar.”

 “Selanjutnya apa?”
 “Orang yang bersyukur”

 “Apa tanda kesukurannya ?”
 “Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya”.

 “Pandanganmu mengenai orang seperti Abu Bakar?”
 “Ia tidak menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam.”

 “Umar Bin Khattab ?”
 “Demi Allah, setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur (ketakutan).”

 “Usman Bin Affan?”
 “Aku Malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya.”

 “Ali Bin Abi Thalib?”
 “Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mau melakukan itu.” (Ali Bin Abi Thalib selalu berdzikir terhadap Allah swt)
 * Amalan yang Dapat Menyakiti Iblis*

 “Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak shalat?”
 “Aku merasa panas dingin dan gemetar.”

 “Kenapa?”
 “Sebab, setiap seorang hamba yang bersujud 1 kali kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 derajat hamba terebut.”

 “Jika seorang umatku berpuasa ?”
 “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.”

 “Jika ia berhaji?”
 “Aku seperti orang gila.”

 “Jika ia membaca Al-Qur’an?”
 “Aku merasakan diriku meleleh laksana timah di atas api”

 “Jika ia bersedekah?”
 “ Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.”

 “Mengapa bisa begitu ?”
 “ Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya. Yaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”

 “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”
 “Suara kuda perang dijalan Allah.”

 “Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”
 “Taubat orang bertaubat (orang yang benar-benar taubatnya).”

 “Apa yang dapat membakar hatimu?”
 “Istighfar diwaktu siang dan malam.”

 “Apa yang dapat mencoreng (melukakan) wajahmu?”
 “Sedekah yang diam-diam (contoh mudah ialah tangan kanan bersedekah walhal tangan kiri tidak mengetahui akan sedekah tangan kanan tersebut).”

 “Apa yang dapat merusak wajahmu?”
 “Shalat fajar.”

 “Apa yang dapat memukul kepalamu?”
 “Shalat berjamaah.”

 “Apa yang paling mengganggumu?”
 “Majlis para ulama.”

 “Bagaimana cara makanmu?”
 “Dengan tangan kiri dan jariku.”

 “Dimanakah kau menaungi anak-anak mu dimusim panas?”
 “Dibawah kuku manusia (perintah supaya memendekkan kuku).”
 * Manusia Yang Menjadi Teman Iblis*

 Lalu Baginda Rasulullah bertanya lagi: “Siapa temanmu wahai Iblis?”
 “Pemakan riba”

 “Siapa sahabatmu?”
 “Penzina”

 “Siapa teman tidurmu?”
 “Pemabuk”

 “Siapa utusanmu?”
 “Tukang sihir (juga merujuk kepada orang yang menyesatkan)”

 “Apa yang membuatmu gembira?”
 “Bersumpah dengan cerai”

 “Siapa kekasihmu?”
 “Orang yang meninggalkan Solat Jumaat”

 “Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?”
 “Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja”

 *Iblis Tidak Berdaya Dihadapan Orang yang Ikhlas*

 Rasullullah SAW lalu bersabda lagi: “Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan ummatku dan menyengsarakanmu.”

 “Iblis segera menjawab: “Tidak. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga Hari Akhir. Bagaimana Kau bisa berbahagia dengan ummatmu, sementara aku bisa masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak bisa melihatku? Demi yang menciptakan diriku dan memberikanku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang bisa membaca dan tidak bisa membaca, yang durjana dan yang saleh, kecuali hamba Allah yang Ikhlas (Mukhlisin).”

 “Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?”
 “Tidaklah Kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat orang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku bisa pastikan bahwa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan serta hatinya masih selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”

 *Iblis dibantu oleh 70 000 anak – anaknya*

 Iblis berkata lagi: “Tahukah kamu wahai Muhammad, bahwa aku mempunyai 70 000 anak dan setiap anak memilki 70 000 syaitan. Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama’. Sebahagian untuk mengganggu anak-anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk menggunggu wanita tua, sebagian anakku juga aku tugaskan kepada para zahid. Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada shalat berjamaah. Tanpanya manusia tidak akan mengantuk pada waktu shalat berjamaah.”
 “Aku juga punya anak yang suka menaburkan sesuatu dimata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur hingga pahalanya terhapus.”
 “Aku juga punya anak yang senang berada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia ceritakan kepada manusia (membangga-bangga), maka 99% pahalanya akan terhapus.”

 “Pada setiap seseorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk dipinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.”
 Iblis berkata lagi: “Keluarkan tanganmu, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya. Mereka, anak-anak ku selalu menyusup dan berubah ke satu kondisi ke kondisi lainnya, dari satu pintu ke pintu lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.”

 “Akhirnya mereka menyembah allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa akannya.”
 Berkata lagi Iblis tersebut: “Tahukah kamu wahai Muhammad? Bahwa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya sembuh seketika. Aku terus meggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.”

 *Cara Iblis Menggoda*

 Iblis menyambung ceritanya: “Tahukah kamu wahai Muhammad? Dusta berasal dari diriku. Akulah mahluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barang siapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku. Tahukah kau Muhammad? Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa derngan nama Allah bahwa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku. Orang yang bersumpah untuk menceraikan istrinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya karena satu kalimat, iaitu Cerai.”

 Iblis menyambung: “Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka mengulur-ngulur (melambat-lambatkan) solat, Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya ke mukanya.”
 “Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia shalat. Namun aku bisikkan ke telinganya lihat kiri dan kananmu, ia pun menoleh. Pada saat itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku ucapkan ‘solatmu tidak sah’. Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam shalatnya akan dipukul?”

 “Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Iapun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia shalat berjama’ah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkan sebelum iamam. Kamu tahu bahwa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keledai.”
 Iblis menyambung lagi: “Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam shalat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. dan ia pun semakin taat padaku.”
 Iblis berkata kepada Rasulullah: “Kebahagiaan apa untukmu, sedangkan aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan shalat. Aku katakan padanya, ‘Kamu tidak wajib shalat, shalat hanya wajib untuk orang yang berkecukupan dan sehat. Orang sakit dan miskin tidak. Jika kehidupanmu telah berubah baru kau shalat.’ Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan shalat, maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.”
 “Wahai Muhammad, apakah engkau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari Islam?”

 *10 Permintaan Iblis Kepada Allah SWT*

 Rasulullah bertanya pula kepada Iblis: “Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?”
 “10 macam”

 “ Apa saja?”

 “Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman, “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji setan kecuali tipuan” (Qs Al Isra :64).
 “Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan bercampur dengan riba. Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.”

 “Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan istrinya tanpa berlindung dengan Allah. Maka setan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.”
 “Aku minta kepada Allah agar aku bersama dengan orang yang menaiki kendaraan bukan untuk tujuan yang halal. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai ‘masjid’ku. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai ‘kitab’ku. Aku minta agar Allah memberikan saudaraku, maka ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku. Allah berfirman, “Orang-orang boros (membazir) adalah saudara-saudara syaitan. “(Qs. Al – Isra:27).

 “Wahai Muhammad, aku juga meminta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, “Silakan,” aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”

 Iblis berkata lagi: “Wahai Muhammad, aku tak bisa meyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda,”

 “Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa seorang pun. Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun dimuka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang telah ditentukan sengsara. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak diperut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.” (nafi makhluk, Isbatkan Allah)
 Rasulullah SAW lalu membaca ayat berikut: “Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud : 118 – 119). Juga membaca, “Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (Qs Al-Ahzab :38).

 Iblis lalu berkata: “Wahai Rasul Allah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para Nabi dan Rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir. Ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tidak sesekali berbohong.”
 Begitulah kisah mengenai Iblis, yang telah dipersaksikan kehadapan Baginda Rasulullah saw tanpa ada sedikit pun penipuan dalam percakapannya. Maha Suci Allah yang menciptakan berbagai-bagai ragam Makhluk-Nya. Hanya tinggal untuk membuat pilihan antara kita, sama ada jalan ‘benar’ atau jalan sebaliknya yang hendak kita pilih dalam mendapatkan Redha Allah swt.

 Sumber :
 1. Kitab Sajaratul Kaun oleh Muhyidin Ibnu Arabi/Darul ‘Ilmi al – Munawar asy-Syamsiyah, Madinah.
 2. Iblis Dan Alamnya (Musuh Kamu Yang Paling Nyata) oleh Atok Zamany.
 (Ulama’ wara’ berkata: Berbuat baiklah sekuat tenagamu untuk mencapai Syurga, dan janganlah engkau menyandarkan terlebih dahulu kepada Takdir).

 -
 -
 -
 -
 -
 -
 -
 -
 -
 -

 WaAllau A’lam,
 Sekian, Terima Kasih