Kembara Sufi

"pengemis CINTA ILLAHI, perindu SYAHID ABADI"

Pages

Tuesday, 28 August 2012

Pendosa

aku seorang pendosa
yang masih tak kenal azab siksa
yang sentiasa laro dan alpa,
yang sentiasa dahulukan dunia,
dan kabur mengenal erti cinta syurga..



itu baru nilaian manusia, belum lagi nilaian dari Dia -u.S

sungguh aku belum layak menjadi imam yang baik... maafkan aku atas segalanya...

Friday, 3 August 2012

mampukah aku menjadi IMAM?




Manjadi Imam tidaklah susah, tapi menjadi Imam yang baik dan diredhai ALLAH dalam setiap perkara itu menjadikan aku kembali berfikir “adakah aku benar-benar layak?”. Istilah imam selalu digunakan dalam solat, tapi sering juga digunakan dalam erti sebagai ketua dalam pemerintahan.

Perbincangan aku dengan sahabat-sahabat tentang kahwin dan perancangan selepas study menjadi topik utama perbualan. Bukan niat menggatal tapi lebih kepada perancangan bagaimana mahukan keluarga yang qualitinya lebih kepada ISLAM dan jauh dari pandangan sekular.

Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak. Tetapi ada juga dikatakan dosa dalam perkahwinan.

Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa. Dan aku adalah orang yang bakal menanggung dosa-dosa tersebut.

Semua aspek aku perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana aku mahu melayarkan bahtera rumahtangga. Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang aku mahukan? Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama? Itu perlu aku tanya pada diri sendiri.

Terfikir juga aku tentng erti perkahwinan yang sebenar, tengtang perihal imam yang sebenar sampailah aku terjumpa kata-kata dari seoang ulama’ Imam Hassan al-Banna.
“Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat.”

Tahukah anda bahawa maksud tersirat disebalik yang tersurat bagi lafaz akad adalah,
“Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan.”

Berat bukan tanggungjawab seorang suami? Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, akulah yang bertangjungjawab untuk menegurnya, jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.

p/s : semoga aku menjadi imam yang diredhai.

Friday, 6 April 2012

Di Atas Satu.......................


maha suci allah

Cinta Tidak Semestinya Dimiliki

Bismillah…….

Cinta tidak seharusnya dimiliki, tapi cinta harus diredhai. Itu yang aku fahami tentang cinta. Satu perasaan yang tidak pernah disalahkan tapi kesalahan itu diletak dan dihukum pabila cara manusia itu yang membawanya. Aku sendiri cuba untuk meredhakan serta berlapang dada dengan apa yang bakal berkaku pada masa depanku, walaupun aku tahu aku mungkin akan goyah. Aku tertarik dengan beberapa kisah yang mungkin menyentuh hati dimana mereka adalah para pecinta yang meredhakan cinta pada pandangan Pencipta. 


Kisah 1:

Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq.
Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya…
Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati.

Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..pilihan untuk dinikahinya.

Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya.  Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya.  Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.

Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah…

Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.

“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.

Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.

Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi.  Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.  Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya.  Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.

“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia.  Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama.  Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”.  Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.

“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu.  Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya.  “Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman.  Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”

Jelas sekali.  Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!

Ya, memang mengejutkan dan ironi.  Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman.  Bayagkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.

“Allahu Akbar!!” seru Salman.  “Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”

Cinta memang tak harus memiliki…


Kisah 2:

Lelaki ini adalah seorang raja.  Pemerintah selepas Khalifah Ali bin Abu Talib…Hatinya bergetar dan ia tahu dia telah jatuh cinta.. Pada seorang muslimah solehah, iaitu rakyatnya sendiri

Tiada ada yang istimewa pada wanita itu dari segi kecantikannya. Namun itu lah yang membuatnya jatuh cinta.

Maka dengan kekuasaanya ia menikahi wanita itu… Tapi dia tidak tahu yang dia tak pernah mampu menikahi hati wanita itu. Wanita itu telah melatakan hatinya pada pemudaesanya….

Hingga di keheningan malam di 1/3 terakhir, terdengarlah olehnya bait-bait puisi dalam lantunan doa…. Tentang kerinduannya pada pemuda desa itu…

Dia sedar. Ini adalah deklarasi jiwa isterinya. “Aku Tak Mencintaimu”

Maka dengan berat hati. Dia menceraikan isterinya.

Lelaki ini adalah Muawiyyah bin Abu Sufyan. Duta pertama dari Rasulullah SAW yang datang dan melaporkan keadaan Kepulauan Nusantara kepada Nabi SAW

Cinta memang tak harus memiliki…





Kisah 3:

Lelaki ini adalah ideologi Ikhwanul Muslimin. Orang nombor dua yang sangat berpengaruh setelah Hasan Al-Banna, pada harakah itu..

Ia adalah lelaki soleh.

Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya. Namun gadis desa itu menikah.. 3 tahun setelah lelaki ini pergi belajar ke luar negeri untuk belajar. Hal ini membuat ia sedih namun ia tidak mahu larut dalam kesedihannya.

Kisah cintanya mulai dari awal lagi. Ia kemudian jatuh hati pada wanita Cairo. Meskipun tidak terlalu cantik, ia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tersebut.

Tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan lelaki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini.

Ia hanya ingin wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal mahupun hatinya. Akhirnya ia membatalkan niatnya menikahi gadis tersebut. Hal ini membuat lelaki itu sedih cukup lama….

Sampai kemudian ia putuskan untuk menerima kembali wanita tersebut. Namun apa yang terjadi? Ditolak. Inilah yang kemudian membuat lelaki itu menulis roman-roman kesedihannya.

Yang luar biasa adalah, lelaki ini sedar dirinya berada dalam alam realiti. Bukan dalam dunia ideal yang indah dan ideal.

Kalau cinta tidak mahu menerimanya, biarlah ia mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta. “Allah”.

Kekuatan itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun. Menulis karya agungya Tafsir “Fi Zilaalil Qur’an”

Dan syahid di tiang gantungan.

Sendiri!!!

Tidak ada air mata,  tidak ada sentuhan wanita. Benar-benar sendirian!!

Lelaki ini adalah Sayyid Qutb. Lelaki yang Allah Maha Tahu… Bahawa dirinya lebih dihajatkan langit… Daripada wanita bumi….

Cinta memang tak harus memiliki…



Kisah 4:

Lelaki ini adalah Khalifah ke empat, setelah Usman bin Affan…Dia memandang seorang budak perempuan. Di pelataran rumah seorang sahabatnya…‘Aisyah binti Thalhah, nama gadis itu…

Maka teringatlah kembali kenangan tentang sahabatnya itu ….Thalhah..

Thalhah lah lelaki yang mengatakan pada perang Uhud..“Khudz bidaamii hadzal yauum, hattaa tardhaa…”.“ Ya Allah, ambil darahku hari ini sekehendakMu hingga Engkau redha.” Tombak, pedang, dan panah yang menyerpih tubuh dibiarkannya, dipeluknya badan sang Nabi seolah tak rela seujung bulu pun terkena.

Tapi ia juga yang membuat Arasy Allah bergetar dengan perkataannya. Maka Allah menurunkan firmanNya kepada Sang Nabi dalam ayat 53 surat Al Ahzab.

Ini di sebabkan ketika Thalhah berbincang dengan ‘Aisyah, isteri sang Nabi, yang masih terhitung sepupunya.

Rasulullah datang, dan wajah beliau seperti tidak suka.

Dengan isyarat, baginda SAW meminta ‘Aisyah masuk ke dalam bilik.

Wajah Thalhah merah. Ia undur diri bersama gumam dalam hati, “Beliau melarangku berbincang dengan ‘Aisyah. Tunggu saja, jika beliau telah diwafatkan Allah, takkan kubiarkan orang lain mendahuluiku melamar ‘Aisyah.”

Maka bergetarlah langit..“Dan apabila kalian meminta suatu hajat kepada isteri Nabi itu, maka mintalah pada mereka dari balik hijab. Demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan hati mereka. Kalian tiada boleh menyakiti Rasulullah dan tidak boleh menikahi isteri-isterinya sesudah wafatnya selama-lamanya.”(QS Al Azhab 53)

Ketika ayat itu dibacakan padanya, Thalhah menangis. Dia lalu memerdekakan hambanya, menyumbangkan 10 untanya untuk jalan Allah, dan menunaikan haji dengan berjalan kaki sebagai taubat dari ucapannya.

Kelak, tetap dengan penuh cinta dinamainya putri kecil yang disayanginya dengan nama ‘Aisyah.‘Aisyah binti Thalhah. Wanita jelita yang kelak menjadi permata zamannya dengan kecantikan, kecerdasan, dan kecemerlangannya. Persis seperti ‘Aisyah binti Abu Bakar yang pernah dicintai Thalhah.

Cinta memang tak harus memiliki…

Pada Salman..

Pada Mu’awiyyah

Pada Sayyid Qutb

Pada Thalhah

Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan, bukan di hati kerana sebelum akad diucapkan, tidak ada hak pada dirimu manusia yang engkau cintai itu..

Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik.. Lebih dari segala-galanya.

Monday, 26 March 2012

Tuhan, Salahkah Aku?

Tuhan, salahkah aku untuk menjadi diriku sendiri?
Untuk tidak hipokrit pada diri, pada sahabat dan yang penting padamu allah.

Tuhan, salahkah aku untuk menyembunyikan kesedihanku dengan senda gurau?
Walau aku tahu ia tawar di bibirku.

Tuhan, salahkah aku berdiam diri.
Walau fitnah dunia menghentam diriku.

Tuhan, salahkah aku untuk terus memendam?
Walau aku tahu ianya menyiksa jiwaku.

Tuhan, salahkah aku untuk melihat dunia dengan kegembiraan?
Walau sesetengahnya berbeza pandangan.

Tuhan, salahkah aku hidup dengan caraku?
Walau aku tahu ia banyak berliku.

Tuhan, salahkah aku untuk tidak memenangi hati semua orang?
Walau aku tidak memenangi hatiku sendiri.

Tuhan, salahkah aku melalui jalan yang berbeza?
Walau aku tahu ia tetap pada jalanmu.

Tuhan, salahkah aku menyalahkan semuanya pada diriku?
Walau ku tahu ianya bukan dariku.

Tuhan, salahkah aku untuk mengharapkan cintamu?
Walau aku tahu cintaku kepadamu tidak seberapa.

Tuhan, salahkah aku berharap pada manusia?
Walau aku tahu mungkin bukan dia untukku.

Tuhan, salahkah aku takut kepada kehilangan?
Walau aku tahu ianya adalah hukum alam.

Tuhan, salahkah aku menjalin perhubungan antara insane-insan?
Walau aku tahu perlukan banyak pembetulan.

Tuhan, salahkah aku mengharapkan yang lebih baik?
Walau aku tahu pengharapanku sia-sia

Tuhan, salahkah aku meletakkan harapan yang menggunung?
Walau aku tahu usahaku hanya membukit.

Tuesday, 13 March 2012

Aku tidak bisa mencintaimu kerana rupamu,
Kerana aku bukanlah seorang yang cantik.
Aku tidak bisa mencintaimu kerana hartamu,
Kerana aku bukanlah seorang yang kaya.
Aku tidak bisa mencintaimu kerana akhlakmu,
Kerana aku bukanlah seorang yang berperibadi.
Aku tidak bisa mencintaimu kerana kepintaranmu
Kerana aku masih terkontang hala tuju.

Tapi, aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu.
Kerana hanya itu fitrah yang ada dalam dirimu dan juga diriku.

pokok Nyior


Setinggimana pun puncaknya akan cuba ku gapai