May 24 2013
Hari ini aku cuti lagi, masih lagi tiada oncall
untuk aku. Jadi aku gunakan peluang yang ada ini sebaiknya untuk merehatkan
badan aku. Infection dari patient aku barangkali, ditambah pula dengan dengan
luka di beberapa tempat yang masih belum pulih sepenuhnya kerana kemalangan tempoh hari.
Silap aku juga kerana tidak berpantang. Jadi selepas solat subuh dan al-Wakiah
aku terus ke katil untuk tidur. Kepala
semakin panas, badan dan kaki sejuk. Tiba-tiba aku terfikirkan, dimanakah
mereka ketika ini, dan apa khabar mereka? Dan aku terus……………
***
Cuaca sungguh indah, matahari tidak terlalu terik
ditambah pula angin yang bertiup lembut. Menerbangkan gugur-gugur daun di
tanah. Aku mendongak ke langit, bunyi kicau burung sungguh indah. Angkasaraya
menjadi hak mereka untuk terbang bebas tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.
“wah, mengelamun nampak?” sergah satu suara.
Aku berpaling, Sufi rupanya. Aku tersenyum.
“mana muslimin lain?” tanya Sufi padaku.
“err..muslimin?” aku terpinga.
“sudah lah Abang Alex, asyik berangan sahaja
kerjanya. Tolong kami persiapkan barang-barang. Orang dah lapar ni” sampuk
Hidayu tiba-tiba.
Aku terkejut, bukan Hidayu saja yang ada, malah
aku lihat beberapa orang yang juga aku kenali. Aku tutup mata, “Alhamdulillah
Ya ALLAH. Engkau kembalikan perasaan ini kepadaku. Sekali lagi kami bersama”
Kawasan yang sedikit berbukit dan berumput halus
menjadi port kami. Aku lihat mereka menghampar tikar dan keluarkan bekalan yang
ada. Seperti dugaan aku, bekalan biasanya dibawa oleh Kak Nova, Kak Linda, Mel
dan Syahadah. Kalau dari muslimin pula Abang Wan. Mereka memang selalu menjadi
AJK Memasak. Sufi, Norezura, Amalina, Farah, Putri dan Muza hulurkan tangan untuk membantu. Sedang
aku lihat di sebelah kiri Maslina, Miera, Nisa dan Hidayu bermain air. Gembira
sungguh mereka. Ketika itu aku rasakan badan dan kaki aku begitu sejuk, mungkin
tiupan angin barangkali. Fikirku.
“En.Presiden, tak kan tercegat saja?memang tidak
ada kerja nak dibuat ya? kalau tidak ada kerja, sila ajak mulimin yang lain
cari kayu ya. Kita nak buat BBQ ni!” pinta Farah.
Ya, pinta Farah bagaikan perintah darinya. Itu pun
andai diiringi dengan jelingan tajam. Bukan aku saja, semua muslimin tahu akan
hal ini. Mungkin ini karismanya. Tegas bersama jelingan. Aku tersenyum lagi.
“memang tiada perubahan” kataku dalam hati.
Tidak jauh dari aku, aku melihat Syafiq, Paan, dan
Ilham. Juga bermain air. Ilham seperti biasa pandai buat summersault.
Kebiasaannya memang macam ini. Di kawasan yang agak rendah yaitu di sebelah
kanan aku aku lihat Nasir, Ammar, Ainul,
Athif, sedang baring menentangkan badan beralaskan tikar. Sungguh mereka
mencari ketenangan barangkali.
“Sir, mana yang lain?” tanya aku kepada Nasir.
“siapa?” jawabnya.
“ala, selain muslimin yang dekat sini la”
“oo.. diorang pergi cari kayu kot”
Tika itu aku lihat kelibat Arif, Azizul, Hazizi
dan Syahidan pulang dari satu jalan membawa kayu sambil di tangan kiri Arif
memegang parang.
“semangat sungguh!” kataku dalam hati.
Kayu diletakkan di tepi bongkah batu BBQ yang dibuat
sendiri.
“banyak kayu kami dapat, ni kalau hendak bakar
kambing pun cukup”kata shahidan
Ya, kambing bakar memang menjadi kegemaran kami
bagi muslimin. Aku masih ingat lagi kami pernah bercadang untuk keluar bersama
menikmati masakan nasi arab, tapi sampai sekarang cadangan hanya tinggal
cadangan.
Aku cuba membantu, aku keluarkan lighter dari
dalam poket dan nyalakan api. Tanpa aku sedari juga muslimin masing-masing cuba
untuk nyalakan api. Maklumlah, laparnya sudah terasa.
“aik? Tadi bukan main nampak malas mu. Time main
api rajin pulak?” kataku pada Ainul.
“biasa la, perut sudah lapar maa” katanya.
Kami ketawa. suasana yang hingar bingar membuatkan aku rasa benar-benar tenteram. Sungguh aku rasa perasaan ini begitu
dekat denganku. Sudah lama aku rasakan perasaan ini hilang kini kembali padaku
dalam bentuk semuah mimpi. Ya, aku tahu ini mimpi.
Diseberang sana riuh kedengaran suara Syafiq, Ilham dan Paan
bermain air. Dan aku lihat Ammar dan Athif juga ikut serta.
“tidak sejukkah mereka?” selorohku.
Memang aku rasa sangat sejuk, padahal aku sudah
nyalakan api di hadapanku.
Api sudah dinyalakan, sudah cukup besar untuk buat
BBQ. Aku beritahu muslimah agar pergi mandi dahulu dan biar muslimin yang buat
kerja. Sikit nanti muslimah pula yang akan ambil alih. Mataku pula rasa pedih
kerana Ainul mengibas asap ke arahku.
“kurang hajo punye Ainul!” marahku.
aku terus meluru ke arah Ainul dan menyepak
bahagian punggungnya. Dia hanya mengelak sambil bergelak ketawa.
“ambik mu, cari pasal dengan aku sangat!” kataku
sambil ketawa
“ala, sikit saja, bukan pedih pun”
“ok, sekejap lagi aku report kat dia!..haha”kataku
”siot, main kasar Nampak?....haha”
Kami ketawa lagi, kali ini lebih meriah kerana usik-mengusik menjadi senjatanya.
“wahai adik-adikku sekalian, kalian sudah siap
bakar ayam ke? Baik cepat makan. Nanti tidak sempat pula” suara Kak Nova
menghentikan gelakku pada Ainul.
“tidak sempat ke mana Kak Nova?” tanyaku
“tidak sempat laa” katanya sambil menyusun kuih ke
dalam pinggan pakai buang.
Aku terpinga-pinga, “apa maksud Kak Nova?” kataku
dalam hati.
“woi, sudah-sudah la tu. Mari makan, ayam da siap
bakar!” laung Azizul.
“kalau tak nak makan, kitaorang yang makan dahulu!”sambung
Shahidan.
“mana aci!!” sahut muslimah serentak
Aku lihat Arif dan Athif sudah duduk di hamparan
tikar sambil membawa seketul ayam setiap seorang.
“amboih, kalau bab mencekit, ligat ya?” kataku
yang dari dari masih mencari kepak ayam.
Ya, kegemaranku adalah kepak.
“ok, semua sudah ada. Minta Nasir yang bacakan
doanya”pinta Kak Linda.
Kami buat bulatan besar. Sesudah membaca doa kami
mula menjamu selera. Masing-masing terdiam seketika. Aku meneliti wajah setiap
dari mereka. Ya, aku amat mengenali setiap darinya.
Syafiq, Ilham, Paan, Arif, Ammar, Nasir, Shahidan,
Azizul, Hazizi, Abang Wan, Ainul, Athif, Kak Nova, Putri, Kak Linda, Sufi,
Norezura, Mel, Amalina, Hidayu, Maslina, Miera, Nisa, Farah, Muza, dan
Syahadah.
Mereka diantara sahabat yang rapat denganku.
Terlalu banyak kenangan dengan mereka. Badanku terasa sejuk lagi. Tiupan angin
membuatkan aku menggigil.
“ha, bila lagi nak buat program seperti ini?”
tiba-tiba Maslina bersuara.
“budak ini kalau bab makan laju je kan?” perliku.
Semua tergelak.
“ye la, bila lagi nak buat Rehlah seperti ini?
Nanti semua sudah sibuk” Tanya Norezura lagi
“kan sudah diberitahu lagi 5 tahun” kata sufi.
Ya, kami pernah bergurau yang kami akan buat satu
perjumpaan kecil. Lagi 5 tahun. Tapi pada fikiranku, bolehkan kami berkumpul
dalam keadaan seperti ini lagi? Tiba-tiba aku rasakan pipi aku basah. Aku rasa
sebak tiba-tiba. Mungkin aku terlalu memikirkan tentang perkara yang lepas.
Mungkin aku terlalu hidup dalam kenangan. Ukhwah yang terbina tanpa perancangan
sendiri. Hanya dari Dia kami bertemu.
Sedang ada yang makan dan ada yang bergurau. Ilham
mengemukakan soalan,
“ha, bagaimana nanti? Reunion kita? Semua
bersetuju kah?”
Semua serentak menjawab, “tiada masalah!”
“Abang Alex Tanya orang, dia tu boleh ke tidak?” Tanya
Hidayu.
Aku tersenyum. Sekali lagi aku perhatikan mereka.
Benar, inilah mereka dalam memoriku.
Aku terbatuk beberapa kali, badanku menggigil. Aku
melihat masing-masing mengukir senyuman ke arahku dan…………………
***
Aku batuk beberapa kali, sebaiknya bagai tiada
henti. aku menyedari pipiku basah. Batuk tadi menyedarkan aku dari mimpi tidurku.
Aku senyum sendirian, sambil meredakan batukku
tadi. “insya’ALLAH”.. :)