Kembara Sufi

"pengemis CINTA ILLAHI, perindu SYAHID ABADI"

Pages

Monday 26 March 2012

Tuhan, Salahkah Aku?

Tuhan, salahkah aku untuk menjadi diriku sendiri?
Untuk tidak hipokrit pada diri, pada sahabat dan yang penting padamu allah.

Tuhan, salahkah aku untuk menyembunyikan kesedihanku dengan senda gurau?
Walau aku tahu ia tawar di bibirku.

Tuhan, salahkah aku berdiam diri.
Walau fitnah dunia menghentam diriku.

Tuhan, salahkah aku untuk terus memendam?
Walau aku tahu ianya menyiksa jiwaku.

Tuhan, salahkah aku untuk melihat dunia dengan kegembiraan?
Walau sesetengahnya berbeza pandangan.

Tuhan, salahkah aku hidup dengan caraku?
Walau aku tahu ia banyak berliku.

Tuhan, salahkah aku untuk tidak memenangi hati semua orang?
Walau aku tidak memenangi hatiku sendiri.

Tuhan, salahkah aku melalui jalan yang berbeza?
Walau aku tahu ia tetap pada jalanmu.

Tuhan, salahkah aku menyalahkan semuanya pada diriku?
Walau ku tahu ianya bukan dariku.

Tuhan, salahkah aku untuk mengharapkan cintamu?
Walau aku tahu cintaku kepadamu tidak seberapa.

Tuhan, salahkah aku berharap pada manusia?
Walau aku tahu mungkin bukan dia untukku.

Tuhan, salahkah aku takut kepada kehilangan?
Walau aku tahu ianya adalah hukum alam.

Tuhan, salahkah aku menjalin perhubungan antara insane-insan?
Walau aku tahu perlukan banyak pembetulan.

Tuhan, salahkah aku mengharapkan yang lebih baik?
Walau aku tahu pengharapanku sia-sia

Tuhan, salahkah aku meletakkan harapan yang menggunung?
Walau aku tahu usahaku hanya membukit.

2 comments:

  1. assalamu'alaikum. ya ustaz, teruslah melangkah..ujian itu hadiah dari Allah..hatta para anbiya yang diberi mukjizat juga diuji dengan lagi hebat ujiannya..
    para sahabat hingga ke hari ini juga diuji dengan hebat2 ujiannya..
    memperjuangkan agama Allah ini tidak pernah sepi dari ujian..baik dari segi kritikan dari orang yang faham akan islam mahupun orang yang
    tidak faham..
    sabar dan kuatkan kesabaranmu, hanya kerana Allah..

    ReplyDelete
  2. sy setuju dgn perkongsian ukhty tu...:)

    ReplyDelete