Manjadi
Imam tidaklah susah, tapi menjadi Imam yang baik dan diredhai ALLAH dalam
setiap perkara itu menjadikan aku kembali berfikir “adakah aku benar-benar
layak?”. Istilah imam selalu digunakan dalam solat, tapi sering juga digunakan
dalam erti sebagai ketua dalam pemerintahan.
Perbincangan
aku dengan sahabat-sahabat tentang kahwin dan perancangan selepas study menjadi
topik utama perbualan. Bukan niat menggatal tapi lebih kepada perancangan
bagaimana mahukan keluarga yang qualitinya lebih kepada ISLAM dan jauh dari
pandangan sekular.
Pendek
kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi.
Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke
taman-taman syurga kelak. Tetapi ada juga dikatakan dosa dalam perkahwinan.
Jika
perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami
yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya,
itu juga satu dosa. Dan aku adalah orang yang bakal menanggung dosa-dosa
tersebut.
Semua
aspek aku perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana aku mahu
melayarkan bahtera rumahtangga. Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang aku
mahukan? Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang
hanya Islam pada nama? Itu perlu aku tanya pada diri sendiri.
Terfikir
juga aku tentng erti perkahwinan yang sebenar, tengtang perihal imam yang
sebenar sampailah aku terjumpa kata-kata dari seoang ulama’ Imam Hassan
al-Banna.
“Orang-orang yang enggan
menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang
tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu
cacat.”
Tahukah
anda bahawa maksud tersirat disebalik yang tersurat bagi lafaz akad adalah,
“Aku
tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia
buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa
bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya
nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung
jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar,
sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka
aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan
malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini
bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini
adalah perjanjian terus kepada Tuhan.”
Berat
bukan tanggungjawab seorang suami? Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah
zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, akulah yang
bertangjungjawab untuk menegurnya, jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam
keluarga.
p/s
: semoga aku menjadi imam yang diredhai.
No comments:
Post a Comment