Kembara Sufi

"pengemis CINTA ILLAHI, perindu SYAHID ABADI"

Pages

Sunday 5 February 2012

Berubah dan Perubahan

Dalam meniti hari-hari yang mendatang dan meninggalkan kedukaan serta kisah silam yang lama, mengapa kadang-kadang kisah silam ini kembali menerpa walaupun sudah kita tinggalkan? Walaupun kita gunakan istilah “gua da cuci tangan bro”, tetapi tidak semestinya ia terus berlalu pergi bagaikan air sungai yang berlalu.Sungguh perubahan memerlukan pengorbanan, pedih dek ancaman-ancaman, risau fitnah berterusan. Tetapi inilah hijrah, sesuatu yang kufikirkan perlu bagi diriku yang daif dalam agama serta masih laro’ dalam hidup. Yang kurasakan begitu malu dengan ALLAH, tetapi inilah diriku. Manusia yang seringkali bergelimpangan dengan dosa-dosa lalu. Akibatnya ia datang dikemudian hari menerpa kembali diriku yang masih goyah untuk bertapak dibumi dengan kakiku sendiri.

Masa silam
Apa yang kita tinggalkan tidak bermakna ia terus berada dibelakang, kita tidak boleh membayangkan apa yang ada dihadapan kita. Itulah yang berlaku kepada setiap manusia yang pernah membuat kesilapan dimasa silam. Termasuk juga diriku ini. Sungguh terkadang aku juga goyah dalam menempuh reality hidup. Kadang-kadang ada juga bisikan menyapa fikiran, “engkau tak menyesal ke tinggalkan keseronokan di belakang? Enjoy beb! Enjoy! Bukan selalu engkau dapat semua ni. Asyik nak buat kebaikan jer, tengok balik apa yang kawan-kawan engkau dapat. Berseronok dalam dunia ni. Semua diorang dapat kau tahu”.

Factor seseorang itu berputus asa
“yang paling tajam didunia adalah lidah”, Apa yang paling membimbangkan adalah mulut manusia yang sering terbuka, maksudnya disini mulut orang disekeliling yang membawa-bawa cerita. Ini adalah salah satu factor yang menyebabkan seseorang itu berputus asa dalam perubahannya. Memang adat orang melayu yang membawa cerita, sampai mengaibkan orang. Itu sebenarnya salah satu gejala yang tidak sihat dibawa dari generasi ke generasi. Aku tidak tahu adakah ini adalah penyakit yang dibawa oleh gen secara turun menurun. Yang pasti membawa cerita, bergosip, adalah salah satu hobi dikalangan sesetengah orang. Kerana lidah inilah porak-peranda rumah tangga orang. Kerana lidah yang jahat inilah seseorang itu kembali kepada perangainya yang dulu. Fikirkankah tentang masa depan seseorang, tidak perlu rasanya membuka pekung milik orang lain andai nekad dihatinya untuk berubah. Sudah sampai masanya dia kembali kepada fitrahnya iaitu inginkan perubahan yang lebih baik.
Seterusnya adalah factor kurang dorongan dari orang-orang sekeliling. Ibubapa, adik-beradik, sahabat, dan mungkin juga someone yang dirasakan special. Andai ada dikalangan mereka yang kehendakkan perubahan kenapa tidak kita bagi sokongan dan dorongan? Mainkan peranan kita sebagai ibubapa, sahabat, adik-beradik mahupun teman kepada mereka yang nak berubah. Jadikan mereka ini seorang yang baik. Hanya kerana sokongan dari kita mungkin dia menjadi insan yang berguna. Tetapi yang peliknya dalam kalangan orang melayu adalah sifat dengki antara sesama insan, kadang-kadang sifat itu timbul dalam kalangan keluarga sendiri. Dimana letaknya nilai dan moral umat melayu? Sudahkan hilang dimata dunia?


Salahkah untuk berubah?
            Sekali lagi wahai saudaraku sekalian, perubahan memerlukan pengorbanan walaupun bagi sesetengah orang dirasakan sakit dan pedih untuk melalui hari-hari yang mendatang. Sering aku pujuk diri ini dan orang lain “orang yang baik tidak semestinya tidak ada kisah silam, orang yang jahat tidak semestinya tidak ada masa depan”. Mengapa harus kita menghukum mereka yang inginkan perubahan? Betulkan balik pandangan kita terhadap mereka, mereka insan dan kita juga insan. Lihat diri kita, adakah kita sudah berubah ataupun masih ditakuk lama? Sebelum kita mencaci diri mereka “alah, nak tunjuk baik konon. Macam la aku tak tahu apa yang kau pernah lakukan”. Caci dulu diri kita “aku asyik mengata orang, tapi diriku bila?”. Itu yang disarankan. Sejauh mana kita nak pergi dengan cara kita yang ditakuk lama ini? Kita sering berharap untuk mendapat pengakhiran yang baik, tetapi adalah kita berusaha untuk melakukannya? Orang ISLAM punyai 5 perkara iaitu ibadah, usaha, doa, tawakal, dan stiqomah. Ini yang membezakan kita dengan agama lain. Kebergantungan secara total dan keseluruhan kepada ALLAH. Kita dipilih olehnya untuk berubah, kenapa hars kita menolak perubahan itu? Ingatlah, perubahan kea arah kebaikan insya’ALLAH dijamin oleh ALLAH A.W.T. ujian sentiasa diberi kepada hamba-hambaNya sebagai tarbiah hati.

Firman ALLAH dalam surah Asy-Syarh ayat 5-8 bermaksud “maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai dari sesuatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap

            Sungguh di dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat dan firman ALLAH S.W.T untuk terus memujuk hati hamba-hambaNya istiqomah dalam setiap perubahan.

Firman ALLAH dalam surah Al-Baqarah ayat 286 “ALLAH tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya

Perubahan berlaku bagi mereka yang hendakkannya.
Maka dengan ini haruslah kita terima walau dengan apa cara sekalipun ujian yang ALLAH S.W.T berikan kepada kita. Sungguh ini adalah ujian buat kita sebagai hambaNya. “lihat seseorang pada masa sekarang, bukan melihat pada masa lepasnya” andai kita sering melihat insan ini pada masa yang lepas, bila kita nak lihat kesan perubahannya? Ingatlah, ALLAH lah sebaik-baik penilai mereka. Kita seringkali tidak layak untuk menilai setiap apa yang mereka lakukan. Ayuh sama-sama kita bangkit! Lakukan perubahan yang lebih baik dalam hidup kita!

1 comment: